covid-19

Terasa perit di dada, tersekat nafas tatkala membaca pengalaman ‘transit barzakh’ yang dikongsikan Rabiatul Adawiah, pesakit Covid-19 tahap 5.

Kondisi kesihatannya merosot dalam tempoh tiga hari disahkan positif virus Covid-19. Jelas Rabiatul Adawiah menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, dia mula mengalami kesukaran bernafas sewaktu menjalani kuarantin kendiri di rumah sementara menunggu kehadiran ambulan.

Dan dalam hanya tempoh sehari, daripada tahap empat, dia kini berada di tahap 5 apabila terpaksa di ‘intubate’ kerana keadaannya semakin kritikal dan demi menyelamatkan diri serta bayi di dalam kandungan.

Wanita ini juga berkongsi rayuannya melakukan pembedahan bagi menyelamatkan anak, di ‘intubate’ kali kedua dan bagaimana rasa bagai mahu ‘hilang nyawa’ sewaktu lendir disedut keluar.

Ikuti pengalamannya.

“Seperti yang telah dijanjikan, moga ada pengajaran untuk dimanfaatkan.

Sesungguhnya, Allah Maha Pemegang Nyawa, Maha Penyembuh.

𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐢𝐭 𝐁𝐚𝐫𝐳𝐚𝐤𝐡: 𝟒𝟐 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐣𝐢

𝟭𝟱/𝟭: “Uhuk”..saya terbatuk kecil dalam kereta, otw ke HKL untuk checkup mengandung. Pelik batuk ni…Hati saya rasa tak sedap..Sampai saja di HKL, saya declare pada nurse tentang batuk tadi. End-up, Nurse suruh saya tuggu sampai dapat clearance Dr. Lebih kurang 1 jam 45 minit kemudian, nurse panggil beritau Dr nak jumpa. Sekali Dr yang checkup saya pun mengandung juga. Makin tak best hati ni. Dok doa, Ya Allah kalau ada kemudaratan dari batuk aku tadi, kau lindungi Dr ni. Petang tu, batuk saya makin teruk. Call klinik dekat dgn rumah untuk buat swab test. Appointment diberi Sabtu 9 am esoknya.

𝟭𝟲/𝟭 – 𝟭𝟳/𝟭: Keadaan makin teruk. Suami nak bawak ke klinik, saya tak mampu jalan pun. Batuk dan demam panas. Makan tak lalu. Teguk air suam bertong-tong rasanya.

𝟭𝟴/𝟭: Lepas makan Paracetamol, cepat-cepat pergi klinik panel. Kat klinik, saya tanya Dr. keperluan untuk saya buat swab test. Dr kata tak perlu sebab saya bukan Kontak Rapat mana-mana. Hm..tapi hati rasa tak sedap. Saya buat appointment swab test juga. Dr klinik swab minta saya datang jam 2 pm Selasa esoknya.

𝟭𝟵/𝟭-𝟮𝟬/𝟭: Lepas makan Paracetamol, saya terus ke klinik wat RT-PCR. Dalam hati, berdebar tak tau nak habaq. Baliknya, keadaan saya makin teruk. Ibu ayah call sentiasa tanya keadaan. Keadaan jadi lebih teruk selepas Maghrib sampai Subuh esoknya. Batuk seperti batuk kering. Badan rasa sengal-sengal dan bengkak. Dada rasa macam ditumbuk-tumbuk. Susahnya nak bernafas. Dok rasa, aku ni kena denggi ka? Pengalaman kena kencing tikus dan denggi sekaligus sewaktu mengandung anak kedua, datang kembali. Seriau, takut bleeding teruk dan keguguran. Hati tak tenang. Saya keep on bangun tahajud.

Doa, “Ya Allah, aku serabut..kenapa dengan aku ni Ya Allah. Datangkan rasa redha padaku andai ada perkara buruk terjadi padaku. Aku mohon, Kau selamatkan anakku.” Since keadaan saya teruk lagi memang saya kuarantin sendiri dalam bilik. Saya on MC, tapi saya dah siapkan dan handover segala-galanya kepada director dan officemate. Saya dapat rasa, MC saya kalini, lama.

𝟮𝟭/𝟭: Klinik inform hari ini result swab kuar. Hati saya jadi tak keruan. Hampir lewat petang, masih tak dapat result. Saya bangun solat sunat. “YaAllah, aku akan dapat result kejap lagi. Redhakan aku atas apa saja ujianMu yang bakal mendatang. Redhakan aku Ya Allah. Redhakan.”

Tak lama lepas itu, Whatsapp masuk. “Result show detected ya cik..positif cik.” Saya baca result itu, cuba pahamkan bacaan E-gene & RdRP gene itu. Dari survey di Google, bacaan itu menunjukkan COVID-19 di tahap klimaks, aktif menjangkiti. Saya buntu, tak tahu nak buat apa. Saya solat sunat lagi sekali, mohon Allah beri kekuatan atas saya, wanita mengandung yang lemah, sarat dengan kandungan, sarat juga dengan komplikasi kandungan.

Sungguh, sedikit air mata pun tak ada. Bukan tak sedih, tapi terlalu sedih dan tertanya-tanya apa sebenarnya ujian yang ingin Dia hadiahkan. Mampukah saya hadap. Saya berdiri belakang pintu bilik, lama, tak tahu macam mana nak habaq kat suami. Last-last, terkeluar dari mulut. “B, ayang positif, jaga anak-anak. Jangan bagi masuk bilik”.

Suami saya terkejut, dia tanya saya lagi sekali dan minta saya forward result pada dia untuk kepastian. Start dari itu juga, saya inform family dan sahabat-sahabat. Ada sahabat saya ini, wife Dr. Dia minta saya call 999 sebab saya mengandung. Suami call klinik swab minta kepastian what we should do. Klinik inform minta kuarantin di rumah dan tunggu ambulan sampai. Kami cuba call KK, PKD, no pickup. Saya call klinik O&G HKL. Bila dapat tahu yang saya positif, terus dengar suara nurse-nurse “COVID positif! Sanitize klinik!” Seterusnya jawapan yang diberi minta saya tunggu ambulan juga. Menjelang malam, keadaan makin teruk.

𝟮𝟮/𝟭: Saya penat sebab sudah banyak hari tak dapat tidur. Usai Zuhur, saya tertidur. Dalam jam 6.30 pm macam itu, saya terbangun. Rasa semput sangat. Masih lagi tak dapat apa-apa feedback dari PKD dan ambulan. Saya gagahkan diri ambil wudhu dan solat Asar macam biasa. Usai habis salam pertama tiba-tiba saya tak boleh bernafas!!

Saya tepuk-tepuk meja, sepak-sepak kaki cuba untuk bernafas. Tak boleh! Saya tak boleh sedut, tak boleh hembus. Stagnant! Tangan kiri renggut baju suami, tangan kanan tepuk-tepuk meja.

”Ya, Allah! Sakaratkah ini??!! Selamatkan anakku Ya Allah. Air mata saya mengalir laju. Suami minta Aisyah, anak sulung saya bagi air, saya cuba minum, lepas seteguk. Suami saya call 999 dan dapat berhubung dengan Dr. Dr advise what to do.

Azan Maghrib, 999 sampai. Saya diusung masuk ke ambulan. Sungguh, saya tak larat. Dalam ambulan, Dr berkali-kali tepuk saya, “Puan jangan tidur ye Puan, kuat semangat, Puan nak jumpa baby kan, bertahan ya Puan, oksigen tank ni tak mampu cover oksigen Puan. Kita cuba sampai hospital secepat mungkin. Bertahan Puan..”

Saya? Rasa nak terbalik dek kerana ambulan yang sangat laju! Sungguh, semua yang di dalam ambulan bergadai nyawa dalam ambulan yang sangat laju untuk selamatkan saya. Air mata saya menitik memikirkan, sempatkah aku?

Sampai saja ED, oksigen tank saya terus ditukar dengan oxygen hospital. Bacaan SpO2 saya hanya sekadar 20 sahaja, kadang-kadang naik ke 40. Dr datang, “Puan, syukur sangat-sangat puan sempat sampai. Kalau lambat sikit tadi, oxygen puan terlalu rendah. Bertahan ya Puan”

Baru di ED, saya sudah dicucuk 20 kali, bertukar-tukar Dr. Ya, dari dulu memang susah nak dapat line saya, even nak ambil darah pun jenuh. Tak lama lepas itu, Chest xray dibuat. Saya lapar sangat. Jam sudah pukul 11 malam. Last saya makan jam 1 pm. Lapar ibu mengandung bukan calang-calang.

Tapi saya on oxygen, camna nak makan. Asal cabut oxygen, saya menggelupur. Dr ajar saya makan dan minum dengan oxygen. Boleh, tetapi kena makan dan minum dengan sedikit sepantas mungkin. Makan dan minum bersulamkan oksigen, tanggal oxygen, cepat-cepat suap nasi, pakai oxygen balik, kunyah nasi. Makan, sekadar alas saja, tak habis pun.

𝟮𝟯/𝟭: Jam tunjuk 12am. Dr datang, “Puan, COVID puan tahap 4, bahaya. Kita akan masukkan puan ke ICU ya. Tapi ICU full. Jadinya kita akan masukkan puan ke wad medical O&G dulu buat sementara. Puan, saya harap puan kuat semangat ya. Bila masuk ke ICU ni, peluang 50-50. Apa-apa prosedur kita akan dahulukan ibu dulu, kemudian baru baby. Tapi kita akan cuba untuk selamatkan dua-dua. Puan kuat semangat ya. Saya tahu puan kuat, sebab puan ada baby temankan puan. Jangan takut ya.” Saya paham, Dr cuba untuk tenangkan saya. Despite dia cakap saya nampak tenang dan positif saja, dia dapat baca gelodak dalam hati. Saya whatsapp family, office dan sahabat-sahabat saya. Saya minta ampun sesungguhnya. Dambakan doa dari mereka.

Di wad sementara, Dr datang untuk ambil darah nadi. Sungguh, sakit. Prosedur ambil darah nadi tak sama dengan ambil darah biasa. Jarum terpacak tegak di pergelangan tangan. Di sini, lima kali Dr A cuba ambil, tak dapat. Tukar Dr B, setelah beberapa kali, syukur, dapat juga. Dr di situ monitor rapat keadaan saya sebab oxygen max di wad pun tak cukup untuk saya.

Tak lama lepas tu saya ditolak masuk ke ICU, isolation room. Di situ treatment untuk saya bermula. Lebih daripada 20 biji ubat perlu ditelan. Saya diberi IV antibiotic. Nurse pesan, “Ubat ni sakit sikit ya Puan, tahan ya. Puan kena kuat semangat, lawan COVID tu” Ya Allah, rasa isi badan seperti disiat-siat. Panas. Sakitnya. Sahabat, saya pernah kena denggi dan kencing tikus sekaligus. Saya ingat, IV antibiotic tu paling sakit dah, rupanya ini lebih sakit! Allah Allah. Itu sahaja kata-kata yang termampu lidah saya ucap menahan sakit. Airmata mengalir juga akhirnya.

𝟮𝟰/𝟭: Chest Xray dibuat. Sekali lagi. Dalam masa tak sampai satu hari, Stage 4 bertukar ke Stage 5. Setelah itu, Pakar ICU dan seorang Dr datang berjumpa saya.

Pakar: “Puan, kami analyze keadaan puan. Kemungkinan besar puan perlu intubated sebab oxygen sedia ada ni tak mampu tampung keadaan puan. Puan in critical stage. Kalau keadaan ni berlarutan, boleh membahayakan Puan dan baby.” Saya? Jujur tak tau intubated tu rupa apa. Nak google, tak boleh guna HP dalam ICU.

Saya: “InsyaAllah, saya boleh bertahan Dr. Sy cuba lawan.”

Pakar: “Kami rasa puan tak paham how critical your condition is. Kalau camtu, cuba puan tunjuk puan tanpa oksigen? Saya tanggalkan oxygen mask. Saya menggelupur! Cepat-cepat pakai semula. Risau oxygen tak sampai kat baby. “See puan, puan tak mampu bernafas sendiri pun. Puan, kami nak selamatkan puan. Bagi kami cuba selamatkan puan ya? Saya termenung. Tunduk ke bawah. Saya clueless. Pakar pegang bahu dan tangan saya. “Puan, bagi kami cuba selamatkan puan ya? Kami akan usaha sehabis baik.”

Saya: “Takpelah Dr. Saya serahkan pada Dr. Dr. lebih tau keadaan saya. Saya ikhtiar. Selebihnya saya berserah pada Allah. Aja-aja fighting!!. Petunjuk Quran, jika tidak tahu, serahkan urusan itu pada yang pakar.

Pakar: Tersenyum… “Eh, tengok cerita Korea gak ke? So kita akan siapkan prosedur intubation. Puan kuat semangat ya.”

𝟮𝟱/𝟭 – 𝟮𝟲/𝟭: Puan. Kita nak mula dah intubated. Ngucap ya. Saya tak sedar. Tak lama lepas tu, saya sedar, tapi mata tak boleh buka. Badan berat ja rasa. Apa benda kat tekak ni. Rasa ada benda tersekat dekat tekak ni. Saya tau kesan ubat buat mata tak boleh buka, badan tak boleh bgerak tapi benda dekat tekak ni rasa annoying. Sakit. Saya kumpul sepenuh kekuatan untuk angkat tangan. “Dr.! Dia cuba cabut! Tangan dan kaki saya direntap. Saya cuba meronta. Pelik, kenapa nurse-nurse ni rentap kaki tangan saya beria sangat. “Ikat tangan dan kaki dia. Kuat nih. Ibu mengandung memang kuat. Semangat berjuang!” Saya? Masih keliru, apa sebenarnya jadi. Saya letih, tertidur semula. Bangun-bangun, tangan dan kaki saya diikat. Sakit. Nurse datang.”Puan, kami terpaksa ikat tangan dan kaki puan sebab puan nak cabut tiub ni, bahaya. Puan bertenang dulu ya. Kuat semangat.” KUAT SEMANGAT. Itulah dua perkataan yang semua nurse dan Dr. akan ulang-ulang cakap pada saya.

Bermula itu, rutin sebagai pesakit yang intubated bermula. Segala proses yang dibuat untuk membantu kami, dirasakan amat sengsara. Proses membuang lendir dilakukan secara berkala, namun itulah antara proses yang saya takutkan. Setiap kali lendir ingin disedut keluar, nafas saya di block. Hilang nyawa. Tangan saya akan rentap apa sahaja yang dapat, selimut, baju nurse, rail katil. Begitu juga proses lap badan dan ganti pampers. Ada posisi yang buat nafas kita hilang dan kita terpaksa menggelupur cari nyawa. Saya minta Dr untuk buka ikatan kaki dan tangan saya. Dr cakap, saya masih tak dapat tangkap lagi whats happening to me. Ambil masa untuk saya hadam. Setiap hari, Dr. akan datang dekat saya check keadaan saya. Saya tak mampu bercakap sebab ada tiub dalam mulut. Tekak sangat perit. Badan sakit-sakit dan setiap hari juga Dr. akan cakap benda yang sama. “Puan, kuat semangat ya. Walaupun kita tolong paru-paru puan, tapi kita tak dapat jamin oxygen sampai ke baby. Tapi kita cuba untuk bertahan selama mungkin. Puan kuat semangat ya.” Sahabat, sekuat mana pun Dr ikhtiar, mereka tetap realistik seboleh mungkin tanpa memberi harapan palsu. Hati ibu mana yang tak risau. Setiap hari, saya tunjuk dekat Dr. dengan isyarat tangan. Belah perut saya. selamatkan anak saya. Dr minta saya bertahan selama boleh.

𝟮𝟳/𝟭: Saya mohon pada Dr. untuk bukakan ikatan tangan dan kaki saya. Saya yakinkan Dr saya boleh kawal diri saya. Saya minta pen dan kertas. Saya tulis..”Dr, saya merayu, tolong czer saya. Selamatkan anak saya.” Sambil Dr. baca pesanan saya tu, sambil saya tunjuk isyarat potong perut, tepuk-tepuk perut saya, selamatkan baby saya. Kedua-dua tangan saya melekap, merayu mohon pengertian. Tak lama selepas itu, tiga orang pakar berbincang depan katil saya. Pakar ICU, Pakar O&G, dan PAED rasanya. Tak lama lepas itu, Dr datang pada saya. “Baik puan, esok kita akan czer kan puan. Sabar ya. So, boleh happy sikit dah kan? Kuat semangat tau, nanti nak jumpa baby.” Dr tersenyum. Saya angkat tangan bersyukur. Perkara yang sangat saya risaukan InsyaAllah akan berakhir esok.

𝟮𝟴/𝟭: Saya dibawa ke OR dan ditidurkan. Tak lama selepas itu saya tersedar. Dengar bunyi baby menangis. “Ok puan, Baby Girl, 1.78kg. Besar tu untuk 30 weeks baby. Qamat sapa nak Qamat ni?” Air mata syukur saya mengalir. Saya terlalu letih, tertidur kembali.

𝟮𝟵/𝟭: Saya masih melalui proses rawatan COVID. Ya Allah, sakitnya Allah yang tau. Tiga kali ganda.

– Sakit Covid

– Sakit rawatan Covid

– Sakit bersalin

Baru saya paham apa yang Dr dan Nurse katakan kuat semangat berkali-kali. Tak pernah jemu. Sungguh. Untuk melalui ketiga-tiga sakit itu, jika tangisan yang dikira, mungkin sudah selautan agaknya. Tapi dek kerana terlalu sakit, sampai dah tak keluar lagi air mata. Sakit di ulu hati, pahit di tekak. IV antibiotik masih diberi. Itu saja sudah mampu buat air mata tak berhenti. Dalam hati, Ya Allah, aku menangis bukan tak redha Ya Allah, tapi ini cara aku luahkan kekuatan dan semangat. Nurse gulungkan kain tebal untuk saya guna support perut yang baru dibelah. Tiba-tiba, menjelang petang rasanya, Dr cakap tube saya boleh dicabut. Gembira tak terkata saya. Dan proses extubate dibuat. Selesai saja, saya on oxygen mask sepenuhnya.

Tengah-tengah malam tiba-tiba kecoh. Pakar datang dan terkejut why saya extubate sedangkan keadaan saya tak stabil lagi. Dr explain pada pakar, bacaan oxygen saya stabil dan semakin baik. Tapi pakar berkeras cakap tidak. Masih terlalu awal untuk extubate saya. Pakar kata saya perlu intubate semula. Saya trauma dengan apa yang saya lalui sebelum ni. Saya tak nak. Pakar pujuk saya.”Puan, saya tak datang malam-malam buta begini saja-saja. Puan masih tak stabil. Kalau puan tak intubate, High chances puan tak survive. Your baby now is in NICU. Puan kena kuat semangat, nak jumpa baby kan?

Saya termenung. Saya sudah berjuang ke tahap ini. Kenapa saya nak sia-siakan apa yang saya dah lalui. Siapa saya untuk bertindak seolah-olah saya lebih pndai daripada Dr. Dr. lebih tahu keadaan saya dari diri saya sendiri. “Takpelah Dr, saya ikhtiar. InsyaAllah. Saya boleh!” Saya senyum redha seredha-redhanya. Air mata menitik sambil syahadah.

𝟯𝟬/𝟭-𝟳/𝟮: Bermula semula rutin saya sebagai pesakit intubated. berbeza dari kebanyakan pesakit intubated yang ditidurkan dan dikomakan, saya lalui hari-hari saya dengan sedar. Sungguh, sangat-sangat teruji. Badan saya penuh jarum. Bahu kanan kiri, leher, kedua-dua kaki, kedua-dua pergelangan tangan, kedua-dua pelipat tangan. Disebabkan saya bersalin, setiap hari, akan ada dua nurse ditugaskan untuk memicit keluar susu dari keduadua payudara secara manual selama lebih kurang sejam. Pada masa yang sama, ubat putus susu ibu diberikan supaya badan saya stop penghasilan susu secepat yang mungkin. Dr cakap ini perlu dilakukan untuk bantu pemulihan saya. Mereka tak mampu hadap keadaan saya yang tak stabil sekiranya saya kena bengkak susu dan demam. Saya sedih. Saya tulis di kertas tanya Dr, “Dr. Adakah keadaan saya ibarat ibu angkat yang ambil bayi angkat, kena adakan susu sedangkan saya ibu kandung.” Dr cakap ya, dan mereka terpaksa lakukan itu. Jika saya kena bengkak susu, keadaan saya akan jadi lebih rumit. Dr cakap, demi selamatkan nyawa puan. Saya akur.

Ada hari-hari yang saya lalui begitu perit. Tangan dan kaki saya full trombosis. Bengkak seperti kaki anak gajah. Ubat dan darah tak mampu jalan lagi. Segalanya tak masuk. Keadaan saya jadi rumit. Dr cuba untuk cari mana lagi tempat boleh dicucuk untuk buat line dan ambil darah. Semua tempat tak jalan! Pergelangan tangan, pelipat tangan, kaki saya, semua tak dapat. Sudah tak terkira berapa kali Dr. cuba, bertukar-tukar Dr. Dr. cakap, “Puan da full trombosis, tapi kami terpaksa juga usaha cari untuk buat line untuk masukkan ubat. Kalau tak, bahaya.”

Akhirnya, Dr gunakan Ultrasound machine, untuk cari tisu yang masih hidup di celah-celah tisu yang mati. Sedar tak sedar, dekat empat jam mereka usaha. Kuyup baju Dr dalam PPE. Sekuyup air mata saya yang mengalir tahan sakit, bertukar-tukar posisi Dr, bertukar-tukar Dr, berusaha berkali-kali cucuk kedua-dua tangan dan kedua-dua kaki saya. Sampai sekarang, masih ada parut berbentuk seperti ular melingkar di kaki kiri saya, menunjukkan lebih 20 dot-dot kecil hasil dicucuk sepanjang di ICU. Ya, hanya di kaki kiri, belum campur ditempat-tempat lain lagi.

Ada masa, saya seperti terkena serangan hypoxemia. Dua kali di ICU pagi-pagi buta gelap dalam jam 3 am – 5 am macam tu. Walaupun saya intubated, saya tak boleh bernafas! Badan saya sejuk beku, biru. Nurse dudukkan saya dan selimutkan saya dengan lima selimut + Hot Blower. Tapi saya tetap sejuk! Menggigil! Saya pegang rapat tangan nurse, geleng kepala, tak bagi dia tinggalkan saya. Waktu first time jadi, nurse terpaksa tinggalkan saya sebab nurse perlu bekerja. Nurse hanya pesan saya perlu kuat semangat harung semua ni. Saya cuba tenangkan diri, cuba bernafas seorang-seorang. Sungguh. Saya cuba bernafas dan menangis. Berharap Allah tak tarik nyawa saya dalam keadaan begini. Seorang-seorang berjuang cari nyawa. Perit. Kali kedua jadi, nurse teman saya, pegang tangan saya sampai keadaan saya stabil semula. Ya, nurse berdiri hampir dua jam, menemani saya, bagi semangat dan ajar saya bernafas.

Saya harung proses buang lendir seredha-redhanya. Perit. Ada nurse expert, proses tu sekejap, kurang peritnya. Ada nurse yang kurang expert, prosesnya lama sedikit. Sampai tangan saya merentap-rentap tilam dan rail katil cuba cari nyawa.

Ada orang tanya, macam mana saya boleh harung segalanya. Apa yang beri saya semangat. In fact, Dr dan nurses sendiri amaze, despite kesakitan perit yang saya alami, saya tetap senyum dan positif. Bila Dr sampai ja ke katil saya cek pagi-pagi, awal-awal lagi saya dah thumbs up! Motivasi untuk saya sendiri. Sumber kekuatan saya adalah dengan meredhai segala yang terjadi pada diri saya.

Saya tidak letak kekuatan saya pada baby saya di NICU, pada ibu bapa saya, pada suami dan anak-anak saya. Sungguh, sumber kekuatan saya adalah satu-satunya, berharap pada rahmat Allah untuk panjangkan umur saya. Saya tak puas lagi berkhidmat untuk ayah ibu, saya tak puas mendidik anak saya jadi hambaMu. Adakah solat dan puasa saya selama ini diterima. Saya tak cukup lagi bersadaqah untuk akhirat. Pendek kata, saya tak cukup lagi beramal menghadapi barzakh. Dengan masa singkat yang ada, saya tak mampu sandarkan semangat saya pada makhluk. Jika apa-apa jadi pada baby saya, saya tak mampu untuk hilang semangat dan cari semangat lain. Saya kesuntukan masa. Doa saya, Ya Allah, sesungguhnya, aku bertawassul dengan amal khidmatku kepada orang tuaku, gembirakan mereka, Kau panjangkanlah umurku, selamatkan aku. Ini doa saya tak putus-putus. Saya berusaha sepenuhnya, hadap segala kesakitan yang ada, berserah sepenuhnya pada Allah. Saya terpikir, mungkin inilah perasaan di mahsyar nanti. Kita tak fikirkan siapa-siapa kecuali diri kita. Nak selamatkan diri kita, berserah hanya pada Dia.

Katil saya berdepan dengan Intubation room dan berdekatan dengan pintu masuk. Patient intubated keluar masuk, pesakit baru masuk, trolley jenazah, jenazah covid. Itu pemandangan saya. Kanan dan kiri saya patient yang intubated, koma dan meninggal. Bila video call terakhir family dengan pesakit yang nazak, nurse akan tarik langsir, cover, tapi, tangisan family dalam video call jadi makanan telinga saya selalu. Dan boleh dikatakan hari-hari juga saya lihat jenazah dibungkus, katil kosong semula. Trolley jenazah lalu depan katil saya. Dengan apa yang saya hadap selalu tu, saya perlu terus kuat. Allah Maha Kuat, baru sedikit Dia pinjamkan sekelumit kekuatanNya pada HambaNya. HambaNya mampu harung perkara tak pernah dibayang dan tak mampu dibayang. Betapa kerdil saya rasa diri ni, berharap belas ehsan Tuhan Maha Pemegang Nyawa.

Sepanjang di sana, Dr. bagi saya video call sekali dengan suami dan anak-anak, sekali dengan ibu ayah. Saya tak mampu cakap apa-apa. Yang saya mampu, saya buat bulatan di dada saya banyak kali, tepuk-tepuk dada saya tanda saya sayangkan mereka, tunjuk tangan berdoa mohon mereka selalu doakn saya. Alhamdulillah. Keadaan saya semakin ok, tetapi dua tiga hari ni, saya rasa sangat dahaga. Saya tanya nurse, tulis dekat kertas, sudah masuk air ke? Sudah masuk susu ke? Nurse kata sudah tapi saya rasa sangat lapar dan dahaga. Tak tahu kenapa. Kadang-kadang saya demam, saya mintak dibasahkn dan letak atas dahi. Punyalah dahaga, saya cuba jelirkan lidah untuk dapat capai titisan air yang keluar dari gauze tu, tolak masuk dalam mulut.

𝟳/𝟮: Pakar inform, saya boleh extubated arini. Syukur Alhamdulillah! Saya tunggu penuh sabar. Tiba masa Dr datang dibantu dengan seorang nurse untuk cabut tiub saya. Nurse pesan, bila tiub dicabut, saya kena cepat-cepat pakai oxygen mask. Namun, bila tiub dicabut. Nurse menjerit,”Ya Allah Dr., Tiub tersumbat!”. Dr. terkejut. Saya, bertambah-tambah terkejut, terus tadah tangan, menangis semahunya. Ya Allah, Kau boleh cabut nyawaku dengan COVID, dengan tiub tersumbat ni, tapi Kau panjangkan usiaku, beri aku peluang lagi.”

Saya tak mampu tahan air mata yang tak putus-putus mengalir. Dr cakap, “Syukur puan, Allah nak panjangkan usia puan, Allah takdir hari ini kita extubate you. Syukur alhamdulillah.”

Setelah itu, saya dahaga yang teramat sangat. Sudah berpuasa berpuluh tahun pun, tak pernah sedahaga itu. Saya minta minum tapi Dr. tak bagi sebab tekak dan paru-paru saya masih trauma. Saya perlu belajar minum semula.

𝟵/𝟮 – 𝟮𝟳/𝟮: Saya dipindahkan ke icu recovery area. Menjelang petang, saya ditolak ke wad medikal untuk pemantauan. Keluar saja dari icu, saya seperti lumpuh separuh badan. Tak boleh berjalan! Covid survivor berdepan pelbagai situasi yang tak terbayang. Bagi kami, proses membuang hajat pun ibarat antara hidup dan mati, semput, sebab memerlukan banyak oxygen sedangkan kami baru nak pulih. Hari-hari saya di wad dilalui dengan bantuan oxygen. Kadang-kadang ok, kadang-kadang tak. Segala-galanya dibuat di atas katil kerana masih tak mampu berjalan. Saya gigih cuba berjalan slow-slow. Bila dapat berjalan, baru datang keberanian untuk pergi toilet dan mandi. Ya, akhirnya pada hari ke-26 saya di hospital, saya berjaya cabut sebentar oxygen dan mandi! Betapa leganya rasa nikmat mandi. Namun usai saja mandi, cepat-cepat saya pakai oxygen semula sebab semput.

Hari-hari saya di wad juga penuh dengan suka duka. Sepanjang di wad biasa, saya saksikan dua pesakit berdepan nazak. Perit. Perit sangat. Makcik di depan saya berumur sekitar 86 tahun, secara tiba-tiba oxygen jatuh ke 70 lebih. Dia menepuk2 badannya, rentap-rentap katil, cuba cari nyawa. Esoknya, sekitar jam 1pm begitu, saya perasan makcik itu, makin lemah, lama-lama tertunduk terus tak bangun-bangun. Saya lambai-lambai harapkan nurse nampak saya, tunjuk keadaaan makcik itu. Kesan intubation, saya tak ada suara, tak mampu nak panggil nurse.

Ya, makcik tadi meninggal dan video call yang Dr adakan untuk anak-anaknya hanya video call satu hala saja. Anak-anak meraung menangis mengadap jasad emak yang sudah tak bernyawa. Malamnya sekitar jam 12 malam, masuk pula seorang pesakit covid meraung-raung. “Ayah, badan saya sakit..tolong!! Sakit! Sakit!” Menangis-nangis makcik tu, usia sekitar 50-an. Dia meraung tak berhenti. Namun sekitar jam 4 am, raungannya makin perlahan dan badannya tanpa seurat benang hampir melurut turun dari katil. Dia sudah nazak! Saya lambai panggil nurse. Nurse datang, Nurse betulkan dia semula atas katil. Tak lama selepas itu, Ya..Dia sudah tiada.

Sahabat, ramai juga warga tua yang masuk yang tidak faham apa yang terjadi. Mereka terasa, merajuk, anak tidak datang menjenguk. Anak mereka call berkali-kali, mereka tidak mahu bercakap dengan anak-anak. Bagi mereka, anak-anak ini anak derhaka. Tak ingat org tua. Menangis-nangis anak-anak bila dianggap begitu. Menjelaskan macam-macam memohon ibu mereka mengerti tapi ibu mereka tetap begitu. Ada juga warga tua yang tidak diendahkan langsung oleh anak-anak.

Pernah ada satu makcik ini, masih tak boleh berjalan sehingga punggungnya melepuh keseluruhan akibat bedridden terlalu lama. Selalu bercerita yang nanti anaknya akan jaga dia, tapi rupanya, nurse beritahu saya, anak-anaknya tak ada seorang pun yang pernah call hp emak ataupun hp hospital bertanyakan khabar ibunya. Hospital call tak angkat, hanya whatsapp hospital sahaja yang dibalas. Mungkin makcik itu selalu bercerita pada saya untuk mengurangkan risau hatinya. Entahlah. Tapi, hari makcik itu discharge pun, tak ada seorang anak yang ambil dia. Anak hanya tunggu dalam kereta dan nurse yang bawa makcik itu keluar hantar ke kereta.

Saya bertukar-tukar wad disebabkan keadaan saya yang tak stabil. Dari ICU sampai ke wad biasa, lebih dari 20 biji ubat saya perlu telan setiap hari. Dr inform minta saya dan suami standby oxygen machine di rumah, sebab even saya discharge saya perlukan bantuan oxygen selalu. Saya cuba optimis, saya cakap pada Dr. “Dr, jangan dischargekan saya dalam keadaan saya perlu bantuan oxygen Dr. Saya akan praktis, duduk lama-lama dekat hospital pun saya tak kisah asalkan saya dapat bernafas macam biasa. Bagi saya peluang Dr. Saya nak jadi normal macam ibu-ibu yang lain juga. Saya nak menyusukan anak saya”.

Sungguh. Setiap hari saya praktis hembus, spirometer, untuk kuatkan paru-paru. Saya tak malu walau bising. Hari-hari saya penuh dengan doa. Setiap kali makan, saya doa ” Ya Allah, jadikanlah makanan ini syifa bagiku. Angkat kemudaratan dari badanku asbab aku memakannya”

Orang lain tak lalu makanan hospital, buang, saya sepanjang duduk hospital, makanan hospital licin! Pada masa sama, keluar sahaja dari icu, saya cuba pam susu setiap tiga jam. Penat sangat. Orang tak sakit pun penat mengepam, apatah lagi orang sakit macam saya. Tetapi saya gigih buat juga. Sepanjang saya pam berminggu-minggu tu, hanya keluar susu setitik dua saja. Kadang-kadang tak keluar. Saya tetap positifkan diri. Setelah 30 hari di hospital, saya dimasukkan ke wad bukan covid. Di situ, Dr minta saya kuatkan semangat untuk cuba cabut oxygen support sepenuhnya dan bernafas dalam udara bilik. Jika saya mampu buat dalam masa tiga hari,saya boleh discharge tanpa perlu bantuan oxygen di rumah. Saya kuatkan semangat, mencuba, berlatih sekerap mungkin. Saya cuba baca Al-Quran, namun, untuk habiskan sebaris Quran pun saya perlu baca dan berhenti empat tempat! Saya yakin, tak ada orang baca Quran berhenti sampai empat tempat untuk habiskan sebaris ayat. Saya menangis, berdoa Ya Allah, bagilah aku peluang baca Quran seperti dulu. Supaya aku dapat mengajar anak-anak ku kalamMu. Hari ke-36 saya di hospital, saya praktis baca, alhamdulillah! Saya dapat nafas panjang sikit dan suara saya pun makin baik..

𝟮𝟳/𝟮: Alhamdulillah. Saya discharge! Syukur, maknanya saya dah boleh berjumpa dengan baby saya. Syukur Ya Allah. Saya ditemani seorang nurse berjalan menuju ke NICU. Menetap di Bilik Ibu sampai kami dapat discharge sama-sama. Betapa nikmat nyawa ini ku syukuri. Tak ada apa yang boleh menggambarkan perasaan saya bertemu baby saya buat pertama kali. Kami berjuang bersama-sama dari awal mengandung, sampai ke hari ini. Ujian mengandung saya bukan bermula ketika saya kena Covid, bahkan dari awal mengandung lagi. Saya tergolong dalam High Risk Pregnancy. Pengsan berkali-kali, keluar masuk wad, sakit muntah yang tak terbayang, etc. Macam-macam ubat perlu ditelan disebabkan komplikasi mengandung. Saya reda dan redah ja. Tak pernah miss atau malas makan ubat, tak pernah miss appointment. Even di HKL, saya di bawah pemantauan pakar, namun takdir Allah menetapkan saya bersalin di Hospital Sg Buloh.

Sepanjang d NICU, kami ibu-ibu yang perlu bermalam di sana memberi sokongan pada bayi kami dikehendaki membuat Kangaroo Care selama yang mungkin. Saya masih tak mampu beri susu ibu walaupun saya pam berjadual setiap hari. Namun syukur, ada sahabat suami yang menjadikan dirinya ibu susuan kepada bayi kami. Sungguh, nikmat apa lagi kami ingin dustakan. Di NICU, saya sempat meluangkan masa menjenguk bayi yang kematian ibu. Bayi ini tiada ibu utk dibuat Kangaroo Care. Ibunya sama seperti saya tapi di ICU west wing. Allah tetapkan ibunya pergi tanpa sempat melihat bayinya. Ibunya dan saya sama-sama berjuang di ICU. Kami sama-sama kritikal, namun Allah lebih sayangkan dia.

𝟰/𝟯: Alhamdulillah. Akhirnya saya dan ibu-ibu yang lain di Bilik Ibu discharge sama-sama. Kata Dr, ini bagi memberi ruang bayi yang kematian ibu untuk Kangaroo Care bersama ayahnya. Allah, kami tak dapat menahan sebak. Namun aturan Allah atas ajal manusia, tiada siapa yang mampu persoalkan..

12/3: Saya appointment dengan gynae.. Dr tanya saya, “Puan, puan tahu tak rahim puan melekat dengan organ lain?” waktu Dr operate puan, ada complication. Rahim puan melekat dengan usus, puan hilang banyak darah. Syukur puan czer @30 weeks. Kalau lebih lama puan bawa baby, kemungkinan rahim terkoyak dan pendarahan teruk buat ibu dan baby. Boleh mengorbankn nyawa kedua-duanya. Saya tergamam. Perlahan-lahan air mata saya mengalir. Ya Allah, ini rupanya hikmahnya Ya Allah. Ini hikmah aku kena COVID. Maha luas Kasih SayangMu. Engkau datangkan COVID untuk selamatkan aku rupanya. Hikmah COVID buat saya. Disebabkan COVID, saya terpaksa bersalin awal. Dan syukur, saya selamat. Hikmah atas hikmah. Maha Besar Allah. Tak tercapai akal saya akan takdir Yang Maha Esa.

Sahabat. COVID ini bukan permainan. Ia kenyataan yang harus dihadam. Saya pernah tanya kepada Pakar ICU, kenapa covid ni teruk sangat dan kenapa semua macam nak cepat. Pakar beritahu, “COVID tak sama macam sakit lain..even if u have bad stage cancer pun, we as Doctors, still ada masa untuk berpikir, prescribe ubat dan rawatan untuk you. But COVID is different, once it attacks, kita tak ada masa nak fikir panjang-panjang, every minute counts. It attacks the most important thing dalam badan you. bernafas. You kena cancer, u boleh bernafas lagi, you kena Covid, ha, puan sendiri rasa kan, tak boleh nafas! Itu yang bahaya, unless kena cancer paru-paru, itu lain cerita”.

Sungguh.

15/1 – 23/1: saya demam, batuk-batuk, masuk ICU stage 4, 24/1: stage 5. Semuanya berlaku dalam satu minggu. Sangat cepat.

Sahabat, apa yang saya kongsikan ini, hanya secebis dari pengalaman saya. Maybe dalam 50 peratus begitu. Sepanjang 42 hari di sana, saya dicucuk lebih kurang 150 kali. Itu antara banyak lagi yang saya lalui, namun cukup untuk simpanan saya sendiri. Coretan saya ini tidak lain dan tidak bukan sebagai pengajaran buat sahabat-sahabat yang membacanya.

Ambil teladan, ada simptom, jangan lengahkan swab jika berkemampuan. Saya tahu ramai orang fikir, benda boleh kuarantin, buat apa nak swab. Jangan sahabat. Jangan. Anda lihat orang lain kena COVID ok jaaa, anda belum tentu OK. Antibodi setiap orang tak sama. Orang lain maybe antibodi lebih kuat dari anda. Anda sayangkn duit? Bila anda di antara hidup dan mati, harta sejuta pun takkan mampu gantikan apa yang anda hilang. Duit yang anda sayang nak wat swab tadi, sudah tak bermakna lagi, anda tiada, duit itu jadi orang lain punya juga akhirnya.

Ini, peluang kedua dari Tuhan untuk saya, sebagai transit saya sebelum ke barzakh. Moga dengan wabak ini, terbukanya pintu pengampunan buat saya dan juga keluarga saya yang sentiasa bertahajud mendoakan saya, suami, dan anak-anak.

Terima kasih yang sudi membaca pengalaman ini. Moga asbab anda terbuka hati membaca, Allah lapangkan urusan-urusan anda di dunia, diberikan kesihatan dan dijauhkan kemudaratan dari anda. Ameen.”

Sumber : Rabiatul Adawiah