laksa thai

Mengenangkan laksa Thai, terliur rasanya ingin menikmati keenakan hidangan istimewa negara yang terkenal dengan julukan Negeri Gajah Putih ini. Namun apakan daya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung membuatkan pergerakan ke luar negara disekat demi membendung wabak yang makin menular.

Namun jangan risau, dapur ada, bahan-bahan untuk sediakan laksa Thai pun mudah sahaja, apa lagi, buat sendirilah di rumah.

Resipi ini dikongsikan Alysha Ratchada, warga Thailand yang kini menetap di Malaysia.

Bahan kuah :

Cabai kering + cabai melaka merah (kalau nk pedas letakkan cabai lebih)

Bawang putih

Bawang merah

Halia

Kulit buah limau perut

Kunyit hidup

Cara :

1. Kisar semua bahan. Jika suka kuah yang pekat, letakkan bahan lebih.

2. Tumis semua bahan kisar dan masukkan serai yang dipotong panjang.

3. Selepas mendidih, masukkan ikan yang sudah dikisar dan kacau. Tambah air selepas mendidih.

4. Masukkan bebola dan santan dan masak lagi.

5. Masukkan daun limau purut dan perasakan dengan garam, ajinomito dan gula. Siap.

6. Sediakan ulam-ulaman seperti taugeh, daun selasih dan kacang panjang yang dipotong.

Sumber : Alysha Ratchada