DISEBALIK kegembiraan setelah disahkan hamil anak sulung, namun timbul pula kurang enak apabila usia kandungan pelakon dan penyanyi Ayda Jebat dipersoal.

Ayda atau nama penuhnya Nur Suhada Jebat yang kini sedang hamil lima bulan menyangkal dakwaan segelintir netizen yang terkejut dengan usia kehamilan biarpun dia dan suaminya, Nabil Mahir bernikah pada awal Januari lalu.

Tampil membidas sangkaan liar warganet yang boleh mengundang fitnah, Ayda memberi respon agar netizen membuat kiraan tarikh pernikahnnya dengan usia kandungannya itu.

“Nikah 1.1.2021. Sekarang mengandung lima bulan dua minggu. Tiba-tiba mengandung? Sila buat kiraan sendiri,” ciapnya di Twitter.

Kenyataan balas Ayda kepada pengguna Twitter

Ayda menjawab ciapan seorang pengguna akaun Twitter @nshazmann yang berbunyi, “Aku rasa macam Ayda Jebat baru saja kahwin tapi tiba-tiba mengandung dah. Ke sebenarnya dia dah lama kahwin, aku saja tak perasan?,” ciapnya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Parah Parah itu sempat memuat naik status di laman sosial mengenai stigma masyarakat kepada pasangan yang belum atau telah pun mendirikan rumah tangga.

“Bila lambat kahwin, ‘bila nak kahwin?’. Bila kahwin muda. ‘dah gatal sangat ke?’. Bila hamil cepat, ‘eh tiba-tiba mengandung?’

“Betul ke mengandung, cepat eh?’. Bila lambat dapat zuriat. ‘bila nak mengandung?’.

“Syukur, cermin dan lalui kehidupan sendiri,” tulisnya.

Ciapan sinikal Ayda kepada pengguna laman sosial Twitter

Setelah empat bulan melayari bahtera berumah tangga, Ayda dan Nabil mengumumkan bakal menimang cahaya mata pertama.

Ayda berkawin dengan Nabil yang juga seorang pengacara pada 1 Januari 2021 di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail di ibu negara.