Kalau nak cari daging harimau menangis, silap haribulan kita yang menangis. Memang cukup susah nak jumpa. Apa yang istimewa daging harimau menangis ini ialah bahagian lemaknya yang cukup lembut dan penuh rasa.

Dan sebagai alternatif, boleh gunakan daging batang pinang. Berbaloi.

Bahan perap :

Lada hitam
Daging (hiris senipis yang boleh supaya cepat masak)
3 sudu besar Kicap manis
3 sudu besar Kicap lemak/manis
5 sudu besar Sos tiram
Madu (suku botol)

*kalau tiada kicap-kicap di atas, letakkan kicap kipas udang saja pun boleh.
*kalau suka daging berwarna hitam, lebihkan sedikit kicap. Kalau tak mahu gelap, masukkan dua sudu kicap sudah cukup.
*garam tak perlu letak kerana kicap sudah masin.

Cara :

Daging hiris nipis. Lada hitam ditumbuk hingga hancur.
Masukkan semua bahan perap.
Gaul rata.
Bahan sos :
Daun ketumbar (hiris halus)
Limau/lemon (ambil jus)
Cili – pilihan
Gula
Sos thai
Bawang putih dipotong dadu.
Masukkan semua bahan.
Tuang sos dan kacau rata semua bahan.
Daging diperap semalaman lebih sedap.
Masak daging di atas pan. Goreng atau bakar atas pan non stick sampai kering air daging.
Hampir masak.

Sumber : Cik Puan Sarah