Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi filet ikan bakar dengan sos tomato dan parmesan yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Pasti puas hati.

BAHAN
2 kepingan filet ikan
3 sudu besar keju parmesan
3 ulas bawang putih – hiris
10 sudu besar tomato puri
1 sudu kecil herba campuran
Sedikit tepung jagung – cairkan dengan sedikit air
Garam dan gula
Sedikit minyak zaitun

CARA
1.Panaskan minyak di atas kuali dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2.Masukkan herba campuran, tomato puri, garam dan gula secukup rasa. Biarkan separa mendidih. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sebati. Angkat dan ketepikan.
3.Ratakan sedikit garam dan gula di atas permukaan filet ikan. Letak sos yang telah disediakan tadi di atas.
4.Lipat dua dan letak sedikit lagi sos di bahagian atas.
5.Taburkan keju parmesan sehingga menutupi bahagian atas ikan.
6.Bakar dalam ketuhar pada suhu 200°C selama 15 minit atau sehingga ikan masak dan permukaan atas menjadi perang keemasan.