slip dress

1. Gaya ini tampak comel untuk yang berbadan kurus namun tidak begitu sesuai untuk mereka yang mempunyai bentuk badan yang agak berisi.

2. Padu padankan sewajarnya mengikut citarasa dan kesesuaian gaya supaya sopan. Kuncinya, biarkan penampilan anda itu kelihatan ‘outside-the-box’ dan tidak lagi terkurung dalam limitasi gaun atau top tali halus.

3. Bereksperimen dengan versatiliti helaian sip dress ini. Gayakan sebagai top, bersama palazo, culottes atau trouser kegemaran mahupun skrit potongan tirus. Lilitkan ikatan tali di pinggang sebagai aksesori penambah gaya untuk tampilan lebih stailo atau apa jua gaya yang modest dan minimal.

4. Sebagai pelengkap gaya, boleh padankan dengan sneakers untuk imej santai dan ranggi atau sesuai juga dipadankan denga stiletto untuk gaya lebih feminin.

5. Wahai hijabi, pastikan tudung menutupi paras dada supaya bahagian atas tidak terlalu menonjol atau kenakan slip dress saiz besar. Pastikan padanan dan helaian slip dress bahagian luar tidak terlalu ketat sehingga menampakkan susuk badan.

6. Gaya remaja yang comel dan boleh buat anda nampak lebih muda.

7. Lebih kepada padanan kasual yang sesuai dipakai untuk santai dan libur.

8. Padankan dengan kemeja atau t-shirt lengan panjang warna kontra.

9. Pilihan fabrik perlulah tidak melekap dan tidak seksi. Slip dress satin nipis contohnya mungkin kurang sesuai untuk gaya wanita berhijab.