Sup tulang merah adalah salah satu menu terkenal di Singapura. Hirupan pertama kuahnya terus membangkitkan selera kerana kuahnya saja sangat sedap. Ada rasa sedikit pedas dan bercampur sedikit manis-manis. Jom cuba resipi yang dikongsi oleh Cef Amer Hamzah ini. Pasti puas hati.

BAHAN
2 kg tulang kaki kambing
1 ketul sup bunjut
½ cawan minyak
3 sudu besar minyak sapi
1 labu bawang besar – hiris
2 sudu besar rempah sup – bancuh dengan air
½ sudu kecil serbuk buah pala
½ cawan tomato puri
½ cawan cili kisar
2 sudu besar kicap lemak
1 ½ sudu besar gula merah
1 sudu kecil pewarna merah
½ cawan bawang goreng
3 liter air
Rempah 4 sekawan
½ batang saderi – kisar
1/3 batang lobak merah – kisar
Sedikit garam

BAHAN KISAR
½ cm halia – kisar halus
4 ulas bawang putih – kisar halus
8 ulas bawang merah – kisar
8 ulas bawang putih – kisar
1 ½ cm halia – kisar
8 sudu kecil lada hitam – kisar

Tonton video untuk cara menyediakan hidangan ini.