Sebanyak 5,150 kes baharu COVID-19 dilaporkan dengan Selangor dan Negeri Sembilan tertinggi.

KES harian COVID-19 hari ini kekal melebihi angka 5,000 walau pun turun sedikit berbanding semalam yang mencatatkan 5,419 kes.

Jumlah penularan yang dilaporkan hari ini adalah 5,150 kes dengan Selangor terus melaporkan kes empat angka.

Tidak banyak beza berbanding semalam, Selangor melaporkan pertambahan 1,914 kes COVID-19 hari ini.

Kedua tertinggi pula Negeri Sembilan yang melaporkan sebanyak 607 kes, meningkat berbanding 396 penularan semalam.

Ini disusuli Sarawak dengan 570 kes, Kuala Lumpur (480 kes), Johor (392 kes) dan Kelantan (230 kes).

Hari ini juga menyaksikan empat negeri melaporkan pertambahan baharu sebanyak dua angka sahaja.

Negeri berkenaan ialah Pulau Pinang (99 kes), Perak (66 kes), Pahang 957 kes) dan Terengganu (56 kes).

Menurut media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), paling rendah seperti mana sebelum ini ialah Perlis yang melaporkan pertambahan lapan kes.

Labuan pula masih melaporkan kes sebanyak tiga angka dengan 101 kes lagi hari ini.

Berikut pecahan kes mengikut negeri.

Sehingga 16 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,150 kes (673,026 kes)


Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 1,914 (220,391)
WPKL – 480 (68,849)
Sabah – 184 (66,730)
Johor – 392 (65,827)
Sarawak – 570 (57,475)
Negeri Sembilan – 607 (35,108)
Kelantan – 230 (32,742)
Pulau Pinang – 99 (32,547)
Perak – 66 (23,916)
Kedah – 228 (22,550)
Melaka – 152 (15,276)
Pahang – 57 (11,764)
Terengganu – 56 (10,752)
WP Labuan – 101 (6,394)
WP Putrajaya – 6 (2,137)
Perlis – 8 (568)

Baca artikel berkaitan: Labuan catat Rt tertinggi, Kelantan terendah

5,419 kes baharu, Perak, Pahang, Terengganu bawah 100

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram