bayi maut
Nicholas Crowder (gambar kecil), ditemui mati akibat kelaparan di dalam rumah selepas ibunya terlebih dos dadah. Gambar: Agensi

BAYI malang berusia 15 bulan yang maut dalam satu kejadian menyayat hati di Portland, Tennessee, Amerika Syarikat (AS) Februari lalu disahkan meninggal dunia akibat kelaparan, menurut satu laporan bedah siasat yang didedahkan semalam.

Dalam laporan itu, bayi bernama Nicholas Crowder dibiarkan kelaparan beberapa hari selepas ibunya Tiffany Spears, 32, maut akibat terlebih dos dadah jenis syabu di rumah mereka.              

Hanya kakak bayi malang itu berusia tiga tahun ditemui selamat dan dikatakan cuba menyuap makanan kepada adiknya.

Tiga beranak itu ditemui oleh pegawai perunding cara yang membuat lawatan ke rumah mereka Februari lalu.

Mayat Spears ditemui terlantar di atas lantai tandas rumah mereka manakala bayi lelaki tersebut ditemui tidak bernyawa di kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam sebuah bilik.

Baca artikel berkaitan: Menentang hukum belah durian, lelaki ini ‘diserang’ netizen Malaysia

Kanak-kanak perempuan itu pula ditemui berkeliaran di dalam rumah tersebut seorang diri.

Bedah siasat itu juga mendapati bayi malang tersebut turut mengalami dehidrasi

Pihak berkuasa mengklasifikasi kes itu sebagai kemalangan, demikian kata beberapa media tempatan.

Ketika penemuan tragis itu berlaku, pihak berkuasa percaya bahawa kanak-kanak perempuan tersebut cuba untuk menyuap makanan kepada adik lelakinya apabila menemui beberapa kulit telur serta telur yang telah kering di sekeliling kerusi keselamatan kanak-kanak itu.

Kanak- kanak perempuan tersebut kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut sebagai langkah berjaga-jaga.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram