Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi pajeri telur puyuh nanas ini. Resipi yang sangat sedap, mudah dan berbaloi cuba.

BAHAN:
2 papan telur puyuh rebus
Nanas muda
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
3 ulas bawang merah -tumbuk
3 cm halia – kisar
3 sudu besar kerisik
2 sudu besar rempah kari
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air secukupnya
Gula dan garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1.Tumiskan bahan tumbuk , kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan rempah kari tumis sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air dan nanas.
3.Masak sehingga nanas lembut, kacau perlahan-lahan, masukkan kerisik, gula dan garam secukup rasa. Kacau seketika dan biar sebentar.
4.Akhir sekali, masukkan telur puyuh yang telah direbus, kacau rata. Siap untuk dihidangkan.

Resipi: Chef Gunawan a.k.a Chef Obie, Kuala Lumpur