fashion

Usah berangan nak beli barangan mewah dan berjenama jika gaji yang ada hanya cukup-cukup makan sahaja. Bijak membeli busana dan aksesori biasa juga sebenarnya mampu menyerlahkan penampilan anda tampak mewah. Nak tahu bagaimana?

1. Dress hitam, jean gelap, t-shirt putih dan kardigan antara item must-haves yang patut ada dalam wardrobe. Padu padankan item klasik ini dengan aksesori berpadanan untuk tampil modest dan trendy.

2. Pakaian yang mahal pun akan nampak murah jika ia berkedut seribu. Jadi pastikan sebelum keluar rumah, gosok pakaian terlebih dahulu. Elakkan juga memakai pakaian terlalu ketat atau longgar. Nampak seperti perkara remeh tapi jika diabaikan, anda akan kelihatan serabai. Percayalah!

3. Buat sedikit pelaburan dengan membeli sepatu dan tas tangan berkualiti sekurang-kurangnya yang diperbuat daripada kulit. Jika harganya mahal, cuba dapatkan satu item sahaja bagi mengisi wardrobe anda. Ia lebih berbaloi daripada membeli dalam kuantiti yang banyak.

4. Jangan sesekali mencuba mengenakan pakaian atau aksesori tiruan. Gaya anda akan kelihatan tampak ‘murahan’ dari jauh. Cara mudah, miliki satu kaca mata yang fashionable seperti gaya Jackie Kennedy. Ia boleh bertindak sebagai item penyelamat dalam melengkapkan penampilan tampak wow daripada biasa.

5. Berhati-hati dengan corak binatang. Salah membeli, penampilan anda akan kelihatan kurang menyerlah dan tampak low class. Jangan sesekali mencuba ya. Jika anda sudah membuat keputusan untuk menggayakan corak binatang, pilih satu atau dua corak sahaja. Tambahan aksesori berwarna emas membantu menyuntik nyawa baharu yang mengagumkan. Seutas rantai yang ringkas sudah cukup menyerlah dan kadang kala buat anda nampak bergaya. Less is more.

6. Penampilan anda haruslah seimbang dan sempurna mulai dari kepala hingga ke hujung kaki. Jika anda mencampurkan semua warna, maka kemungkinan besar penampilan anda tampak kurang eksklusif. Justeru, ketahui warna apa yang dapat meningkatkan penampilan agara kelihatan lebih chic dan elegan.