mua

Solekan ibarat satu keperluan setiap wanita untuk kelihatan lebih menawan. Tip yang dikongsikan ini bukan sahaja menyerlahkan pesona namun membantu menjimatkan poket.

1. Atasi maskara bergumpal

Rasanya semua orang hadapi benda yang sama, tapi tak ramai yang tahu bagaimana untuk mengatasinya. Maskara akan cepat kering dan bergumpal setiap kali digunakan. Jadi untuk elakkannya, jangan kerap pump maskara kerana semakin kerap semakin banyak udara masuk.

Walaupun maskara perlu ditukar setiap dua atau empat bulan tapi ada cara untuk memanjangkan hayatnya. Titiskan dua atau tiga titik eyedrop ke dalam maskara, goncang dan gosok-gosokkan berus maskara di dalam tube. Hasilnya anda akan dapat maskara seperti baru dibeli.

2. Pita pelekat

Helah ini sangat berguna saat anda mengaplikasikan pembayang dan penggaris mata. Ia membantu anda untuk mendapatkan sapuan yang sekata dan seimbang antara kedua-dua belah mata.

3. Mata kecil kelihatan besar

Jika anda tidak memiliki nude pensel mata, apa kata dapatkannya sekarang. Daripada anda menggunakan penggaris mata bernada hitam, apa kata cuba penggaris mata bernada nude kerana ia mampu mencipta ilusi besar kepada mata. Penggaris mata berwarna putih juga berkesan. Cubalah.

4. Rahsia bulu mata cantik

Dapatkan bulu mata paling lentik dengan dua teknik. Pertama picit lash curler seperti biasa dan tarik curler ke atas sementara satu lagi teknik adalah dengan menggunakan lash curler secara terbalik. Dengan ini anda bukan sahaja dapat bulu mata yang lebih lentik, malah lentikan itu lebih tahan lama.

5. Panaskan lash curler

Dengan menggunakan blow dryper, halakan lash curler ke arah muncung blow dryer selama tiga ke lima saat. Haba yang terdapat pada lash curler itu akan bertindak sama seperti anda menggunakan curling iron yang mana bulu mata lebih lentik sepanjang hari.

6. Padanan yang sempurna

Satu-satunya kesilapan yang ramai orang buat. Jika salah padanan hasilnya akan teruk. Untuk mendapatkan padanan warna foundation dengan warna kulit adalah dengan melihat warna di bahagian leher. Bukan mengikut warna pipi. Ini kerana kulit di bahagian leher tidak mudah terdedah kepada matahari sepertimana muka. Jadi ia adalah lebih dekat dengan warna asal kulit kita.

7. Cuci dan simpan berus maskara

Daripada buang, lebih baik anda cuci dan simpan berus maskara. Selain boleh digunakan sebagai berus maskara, ia juga boleh menggantikan berus kening. Cuma calitkan tona alis mata yang sesuai.

8. Gincu tahan lama

Tak susah pun kekalkan gincu sepanjang hari. Caranya hanya lapiskan bibir yang disapu gincu dengan tisu. Kemudian sapukan powder ke atas bibir tadi. Ia akan menghasilkan kesan matte ke atas gincu dan tahan lama.