Jom cuba resipi puding coklat kukus ini. Resipi yang sangat sedap, mudah dan pasti anak-anak suka. Berbaloi untuk dicuba dan sesuai dinikmati bila-bila masa.

BAHAN SOS
50 gm mentega
100 gm krim masakan
100 gm coklat (couverture semi sweet)
Cairkan kesemua bahan secara double boil

BAHAN PUDING
100 gm mentega
70 gm gula perang
225 gm tepung naik sendiri
2 biji telur saiz besar
110 ml susu segar
1/2 sudu kecil kopi segera (cairkan dengan 1 sudu besar air panas)
Secubit garam
Sedikit esen vanila

CARA:
1.Pukul mentega dan gula sehingga sebati (tidak perlu naik).
2.Masukkan telur sebiji demi sebiji, kemudian masukkan kesemua bahan lain kecuali tepung dan sebatikan.
3.Masukkan tepung dan kaup balik beberapa kali sehingga sebati.
4.Sapukan mentega pada loyang atau ramekin dan tuangkan adunan.
5.Kukus selama 1 hingga 1 jam setengah sehingga puding masak( cucuk lidi keluar bersih), pastikan air sentiasa mencukupi untuk kukusan.
6.Berhati-hati ketika terbalikkan kek ke atas pinggan.
7.Tuangkan sos coklat di atas dan hidang.
8.Boleh juga dihidangkan bersama ais krim vanila.

Resipi: Cef Afifi Bakri, Kepong.