Ini cara masak sup kambing berempah yang sedap. Comfirm ulang makan banyak kali. Enak dimakan bersama nasi atau roti. Jom lihat bahan dan cara penyediaan.

BAHAN:
500gm tulang kambing
2 ½ sudu besar serbuk rempah sup
2 biji tomato – belah 2
4 tangkai daun bawang – hiris halus
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
½ sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar minyak masak
Garam

BAHAN TUMISAN A
2 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 kuntum bunga lawing
5 biji buah pelage

BAHAN TUMISAN B
4 ulas bawang putih – hiris
3 ulas bawang merah – hiris
3cm halia – hiris

CARA
1.Tulang kambing direbus sehingga lembut menggunakan api kecil. Ketepikan.
2.Panaskan minyak, tumiskan bahan tumisan A diikuti dengan bahan tumisan B.
3.Masukkan rempah sup, lada hitam, serbuk lada sulah dan serbuk kunyit.
4.Setelah tumisan naik bau, tuangkan ke dalam periuk yang berisi rebusan tulang kambing dan kacau rata.
5.Taburkan hirisan daun bawang, tomato dan garam secukup rasa. Msak lagi sehingga mendidih.