ganjaran mengasihi anak yatim

Terdapat banyak kelebihan bagi orang yang melakukan kebaikan kepada anak-anak yatim. Ini kerana anak yatim adalah golongan yang sangat memerlukan bantuan, sama ada dari segi material mahupun emosi. Antara kelebihan berbuat baik kepada anak yatim berdasarkan dalil ialah.

 Diriwayatkan daripada dari Sahl bin Saad r.a katanya, Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda,

Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini.” Sambil Baginda menunjuk dengan kedua-dua jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya), umpama rapatnya jari telunjuk dengan jari tengah, duduk bersama-sama Nabi di dalam syurga.” HR Bukhari

Selain itu menurut Baginda s.a.w.

Demi yang mengutus aku dengan hak, Allah S.W.T. tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lemah lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya…” HR at-Tabrani

Rasulullah s.a.w juga bersabda,

Sebaik-baik rumah kaum Muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum Muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya.” HR Ibnu Majah

Baginda s.a.w. pernah bersabda,

Jika seseorang itu berjumpa anak yatim, kemudian dengan hati yang ikhlas dia menyapu tangan pada kepala anak yatim, perbuatan itu sangat-sangat disukai Allah.” 

Ke semua dalil ini menjelaskan kepada kita bahawa, mengasihi anak yatim adalah satu perkara yang disukai Allah. Hanya dengan perbuatan mengusap kepala dengan niat sahaja, sudah dimuliakan Allah, apalagi melindungi dan menjaga mereka. 

Selain dari kelebihan orang yang melakukan kebaikan kepada anak yatim, Allah turut mencela dan memberikan seksaan yang amat berat bagi mereka yang melakukan kezaliman kepada anak yatim.

Anak yatim adalah golongan yang wajib dikasihi bukan disakiti. Besar ganjaran bagi orang yang mengasihi anak yatim

Antara dalil yang menunjukkan tentang kemurkaan Allah kepada anak yatim ialah surah an-Nisa: 10,

Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim dengan cara yang tidak lurus, mereka akan memakan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala.

Dalam surah Adh-Dhuha: 9 Allah berfirman

Ada pun terhadap anak yatim, maka janganlah kamu melakukan sewenang-wenangnya.”

Al-Hakim meriwayatkan, Baginda s.a.w. bersabda,

Allah berhak untuk tidak masukkan mereka ke dalam syurga dan tidak merasakan kenikmatannya. Mereka itu adalah peminum khamar, pemakan riba, pemakan harta anak yatim tanpa hak dan penderhaka kepada kedua orang tuanya.

Oleh itu bagi sesiapa yang diamanahkan untuk memelihara anak yatim, maka jagalah mereka dengan sebaiknya.

Janganlah mereka dianiaya atau dizalimi, kerana mereka adalah insan yang sangat memerlukan sokongan dari segenap masyarakat atas kekurangan mereka. Wallahu a’lam

Artikel Berkaitan: istilah anak yatim hanya untuk kematian bapa bukan ibu benarkah mereka tidak wajib menerima zakat ini penjelasannya

_________________________________

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram