SELESA. proses pemberian vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam ternyata memudahkan warga kota menerima suntikan vaksin masing-masing.

Daripada proses menunggu, divaksin, sehinggalah keluar dari IDCC, semuanya hanya mengambil masa kira-kira sejam.

Tinjauan UtusanTV di PPV itu mendapati ia amat selesa terutama bagi warga emas dan orang kurang upaya (OKU) mendapatkan vaksin COVID-19.

Para sukarelawan juga sangat komited dalam membantu memudahkan proses penerima vaksin yang hadir.

Ruang pemerhatian disediakan untuk penerima suntikan berehat sebentar selain memastikan tiada alahan selepas divaksin.

Taklimat melalui tayangan video juga disediakan berkaitan kesan dan langkah yang perlu diambil sekiranya terdapat sebarang simptom selepas suntikan turut disediakan.