Majlis istimewa bukan sekadar raikan hari istimewa, namun penampilan juga haruslah dijaga untuk menawan hati si dia. Namun jangan sesekali overdo, kekalkan momentum mood dan bersedia lalui hari penuh bersejarah dengan pasangan.

No red lipstick!

Anda tidak mahu kelihatan terlalu overpower di temujanji nanti. Pilih warna gincu yang lembut dan feminin supaya tidak terlalu menonjol. Gincu merah biasanya lebih sesuai dipakai untuk ke pejabat atak tempat yang memerlukan anda tampil menyerlah dan penuh attitude. Lagipun anda tentu tidak mahu pandangan mata si dia terganggu dengan warna bibir anda.

Powder Power

Pemakaian bedak yang betul bergantung kepada lokasi temujanji anda. Pastikan bedak tidak terlalu tebal untuk mengelakkan garisan halus dan muka anda nampak bertepung. Sentiasa sediakan bedak kompak di dalam tas tangan anda untuk memudahkan proses touch up jika wajah anda terasa berminyak atau terlalu kering. Pastinya mood anda tidak terganggu dengan solekan yang cepat rosak.

Bibir mungil sihat

Selain pemilihan warna gincu yang lembut, anda perlu pastikan bibir anda sentiasa sihat dan tidak kering. Pasti mengganggu jika bibir anda merekah di saat temujanji nanti. Sapukan pelembap bibir atau sudahi calitan gincu dengan lip gloss untuk kesan bibir mungil dan sihat.

Kawal pemerah pipi anda

Solekan tanpa pemerah pipi tidak akan lengkap tetapi anda harus berhati-hati supaya tidak terlebih sapuan. Sapuan nipis dan lembut, serta pemilihan warna yang betul akan memberi kesan solekan yang kurang dramatik tetapi super feminin. A few dabs will do the magic!

Dari mata turun ke hati

Kekalkan solekan mata yang natural. Anda juga boleh skip pemakaian pembayang mata tetapi lebihkan perhatian kepada pemakaian maskara. Jangan risau untuk memakai dua hingga tiga lapisan maskara supaya bulu mata anda tampak lebih tebal dan memikat. Pastikan maskara tidak bergumpal dan comot.

Kalau anda bukan penggemar maskara, gantikan dengan bulu mata palsu. Pastikan mata anda menjadi titik utama dalam solekan. Pikat si dia dengan pandangan mata kerana dari mata turun ke hati!

Eyeliner alert!

Anda tidak boleh hidup tanpa penggaris mata? Cuba gantikan pemakaian liquid eyeliner kepada eyeliner jenis pensel untuk efek natural dan romantis. Tinggalkan cita-cita anda untuk berkarya dengan menghasilkan solekan cat eyes atau winged liner kerana ianya tidak sesuai untuk keluar ke temujanji istimewa. Less dramatic, more romantic!