sotong phat phet

Menu Thailand ini memang cukup popular disebabkan keenakannya. Sotong Phat Phet lengkap dengan lauk utama dan juga sayuran. Keenakan aroma, kepedasan dan kesedapannya pasti membuatkan makan bertambah.

Bahan :

500 gram Sotong – dicuci bersih

4 batang Kacang panjang – dipotong serong

5 batang Cili padi merah – dipotong

1 labu Bawang merah – dipotong

1 batang Serai – dihiris

4 helai Daun limau purut

½ sudu kecil Serbuk lada hitam

1 sudu kecil Belacan/ fine shrimps sauce

2 sudu besar Sos ikan

½ sudu kecil Serbuk perasa

Garam – jika perlu

Serbuk kunyit – hujung sudu kecil

Bahan kisar :

4 batang Cili merah

4 batang Cili hijau

1 labu Bawang merah

3 ulas Bawang putih

Sedikit air

Cara :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak.

2. Apabila sudah kering , masukkan sotong yang telah dicuci bersih.

3. Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering.

4. Kemudian masukkan lada hitam, serbuk kunyit, belacan, serbuk perasa dan sos ikan. Gaul rata.

5. Akhir sekali, masukkan cili padi, serai, daun limau purut, bawang dan kacang panjang. Masak seketika dan tutup api.

Sumber : Nurul Ateekah