Biasanya kalau nak menikmati ayam popcorn atau popcorn chicken, perlu membeli yang sejuk beku dipasaraya. Apa kata kali ini anda cuba sendiri buat dirumah. Jom cuba resipi ayam popcorn yang rangup dan mudah ini. Memang puas hati.

BAHAN
2 dada ayam – dipotong kecil
2 biji telur
20ml susu segar
100gm tepung
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk lada hitam

CARA
1.Pukul telur bersama susu, serbuk cili dan serbuk lada hitam sehingga kembang.
2.Celup ayam di dalam telur dan kemudian sadur ayam dengan tepung.
3.Ulang proses sekali lagi.
4.Goreng sehingga masak dan garing keemasan. Hidang bersama sos pilihan anda.