ketumbar

Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang sudah mula bercucuk tanam. Namun nak berbakti kepada tanah pun, kena ada ilmunya.

Tip ini dikongsikan Princess Naznin. Untuk tip menarik lain, boleh layari laman Youtube di link ini.

Seperti cara menanam ketumbar, sebelum bermula, pastikan biji ketumbar direndam terlebih dahulu sebelum ditanam. Dan benihnya tidak perlu dibeli, guna sahaja biji ketumbar yang ada di dapur.

Rendam biji ketumbar selama lima jam dan selepas itu boleh ditabur ke atas tanah. Tanah yang subur juga memainkan peranan, pastikan guna tanah hitam atau tanah kompos.

Buatkan batas dan taburkan benih. Jangan tekan benih ke dalam tanah, hanya tabur. Kemudian ambil satu genggam tanah lain dan tabur nipis di atasnya sekadar untuk tutup lapisan atas. Siram dan pastikan tanaman di letakkan di atas panas matahari, tidak perlu letakkan di tempat yang redup.

Ketumbar perlu disiram selalu tetapi jangan sampai air bertakung.

Sumber : Princess Naznin