Laporan berita mengenai pembelian 500 unit ambulans tekanan negatif oleh KKM telah disalah tafsir

LAPORAN berita mengenai pembelian 500 unit ambulans tekanan negatif oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah disalah tafsir.

Menurut Ketua Setiausaha KKM, Datuk Mohd. Shafiq Abdullah, kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dalam sidang akhbar kelmarin tidak disebut bahawa kesemua 500 ambulans yang akan dibeli adalah bercirikan ambulans tekanan negatif.

Kata beliau, kenyataan itu telah disalah faham dan dilapor oleh pihak tertentu.

“Laporan berita itu telah disalah tafsir. Sebenarnya Dr. Adham menyatakan dalam sidang akhbar bahawa KKM akan memulakan tender 500 ambulans dengan ambulans lain kita akan gunakan sistem pajakan mengikut zon supaya isu logistik pesakit COVID-19 di mana-mana jua dapat diatasi.

“Dr. Adham berkata demikian ketika majlis penyerahan ambulans tekanan negatif di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS, kelmarin.

Baca artikel berkaitan: KKM pelawa pengamal perubatan berkhidmat di pusat saringan,PPV

“Dalam kenyataan tidak disebut kesemua 500 ambulans itu adalah bercirikan ambulans tekanan negatif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Shafiq berkata, KKM melihat keperluan ciri-ciri ambulan tekanan negatif bukan sahaja untuk melawan pandemik COVID-19 ketika ini tetapi juga untuk masa hadapan.

Beliau menjelaskan, ciri-ciri ambulans tekanan negatif mempunyai sistem tekanan negatif, penapisan HEPA dan lampu UV khusus untuk kes penyakit berjangkit terutamanya jenis bawaan udara.

“Pada 17 Jun 2021, KKM telah mengiklankan tawaran tender untuk perolehan 490 jenis ambulans bersama kelengkapan peralatan perubatan bagi kegunaan hospital dan klinik seluruh negara,” jelas beliau

Semalam, bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mempersoal kepentingan pembelian unit kenderaan jenis itu dalam pelaksanaan darurat ketika ini.

Kata beliau, pembelian 500 ambulans tekanan negatif itu menelan kos tinggi sehingga RM300 juta manakala petugas kesihatan pula dalam pakaian peralatan perlindungan diri (PPE).

Dr. Dzulkefly turut menegaskan keutamaan ketika ini seharusnya memikirkan cara menurunkan angka kematian akibat COVID-19.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram