peniaga online

Setiap perkara pasti ada cabaran dan risikonya. Walau bagaimanapun, untuk menjadi peniaga berjaya, apa kata anda fokus terus kepada penyelesaian.

Berikut disertakan cara yang boleh diamalkan peniaga online agar risiko dapat dielakkan.

1. Posisikan diri melalui Personal Branding

Lakukan di media sosial untuk mewujudkan kepercayaan bakal pembeli. Apabila pembeli percaya kepada kita, mereka juga lebih mudah untuk membuat keputusan pembelian. Ini juga untuk wujudkan hubungan baik dalam jangka panjang.

2. Kongsi testimoni pembeli

Orang mudah percaya apabila ada orang lain telah berjaya berurusan dengan kita. Jadi kongsikan testimoni ini. Ia boleh jadi dalam bentuk tulisan atau gambar pelanggan bersama produk kita.

3. Konsisten update media sosial

Rajin-rajinlah update di media sosial tentang bisnes anda. Ini adalah untuk memberi keyakinan pelanggan bahawa bisnes anda wajud dan boleh dipercayai. Update ini sebaiknya dibuat kerap setiap hari. Lain medium, lain strategi yang boleh digunakan. Contohnya di Instagram, waktu malam sekitar jam 9 malam lebih ramai pengguna sedang online. Gunakan peluang ini sebaiknya untuk promosikan bisnes anda.

4. Wujudkan keunikan bisnes

Setiap peniaga perlu ada keunikan yang boleh memberi identiti kepada jenama atau produk anda. Tentunya pelanggan suka dan ada sebab untuk memilih anda daripada peniaga lain. Keunikan ini tidak semestinya sesuatu yang sukar. Kadang-kadang benda yang mudah dan kecil dengan sedikit inovasi menjadikan ia stand out!