Pasaran saham yang memulih dan kenaikan harga rumah membantu meningkatkan kekayaan individu tahun lalu. Foto GAMBAR HIASAN

LEBIH lima juta orang di seluruh dunia bergelar jutawan pada 2020 di sebalik kemerosotan ekonomi akibat penularan pandemik Covid-19.

BBC melaporkan, kajian Credit Suisse mendapati,  ketika orang miskin bertambah miskin, jumlah jutawan global mencatatkan peningkatan sebanyak 5.2 juta kepada 56.1 juta.

Pada 2020, lebih 1 peratus orang dewasa di seluruh dunia bergelar jutawan buat pertama kali.

Pasaran saham memulih dan kenaikan harga rumah membantu meningkatkan kekayaan mereka.

Menurut penyelidik, penciptaan kekayaan nampaknya sama sekali tidak terkesan dengan masalah ekonomi akibat penularan wabak itu.

Ahli ekonomi dan penulis Global Wealth Report, Anthony Shorrocks berkata, pandemik itu mempunyai kesan jangka pendek yang drastik pada pasaran global, tetapi sebahagian besarnya telah pulih pada akhir bulan Jun 2020″.

“Kekayaan global tidak hanya stabil dalam menghadapi krisis seperti itu tetapi sebenarnya meningkat dengan cepat pada separuh kedua tahun ini,” katanya.

Bagaimanapun, jurang kekayaan antara orang dewasa semakin meningkat pada tahun 2020 dan menurut Shorrocks, jika kenaikan harga aset seperti kenaikan harga rumah dikeluarkan dari analisis, maka kekayaan isi rumah global mungkin telah jatuh.

“Dalam kumpulan kekayaan lebih rendah yang  mana aset kewangan kurang berlaku, kekayaan cenderung untuk terhenti atau dalam kebanyakan kes menjadi mundur,” katanya.

“Beberapa faktor asas mungkin diperbetulkan secara sendiri dari masa ke masa. Sebagai contoh, kadar faedah akan mula naik semula pada satu ketika, dan ini akan merendahkan harga aset,” katanya.

Tambah laporan itu, jumlah kekayaan global meningkat sebanyak 7.4 peratus.

Sejak awal abad ke-21, jumlah individu yang mempunyai kekayaan antara AS$10,000 (RM)  dan AS$100,000 dari segi saiz meningkat tiga kali ganda daripada AS$507 juta pada 2000 kepada AS$1.7 billion pada pertengahan 2020.

Mereka mendakwa kenaikan itu menggambarkan pertumbuhan kemakmuran ekonomi negara berkembang terutamanya China dan pertambahan kelas menengah di negara membangun. 


Sementara itu, Ketua Pegawai Pelaburan Credit Suisse, Nannette Hechler-Fayd’herbe berkata, tidak dinafikan tindakan yang diambil oleh kerajaan dan bank pusat untuk mengatur program pemindahan pendapatan secara besar-besaran untuk menyokong individu dan perniagaan yang terkesan dengan wabak tersebut dan dengan menurunkan kadar faedah berjaya mengelakkan krisis global skala penuh. 

Beliau berkata, penurunan kadar faedah oleh bank pusat mungkin memberi kesan terbesar.

“Ini adalah sebab utama mengapa harga saham dan harga rumah semakin naik dan ini secara langsung menjadi penilaian kepada kekayaan isi rumah kami,” katanya.

Namun kata Hechler-Fayd’herbe, campur tangan itu turut mengakibatkan kos yang besar.

“Hutang awam berbanding KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar)  telah meningkat di seluruh dunia sebanyak 20 mata peratusan atau lebih di kebanyakan negara.

“Pembayaran yang lumayan dari sektor awam kepada isi rumah bererti pendapatan isi rumah yang digunakan secara relatif adalah stabil bahkan meningkat di beberapa negara,” katanya.

Ms Hechler-Fayd’herbe berkata, sebab utama mengapa harga saham dan harga rumah meningkat adalah disebabkan oleh penurunan kadar faedah oleh bank yang menurutnya diterjemahkan secara langsung ke dalam penilaian kekayaan isi rumah oleh mereka.