PENYANYI Indonesia, Ashanty menyangkal dakwaan mengatakan suaminya yang juga penyanyi dan komposer, Anang Hermansyah dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti wabak Covid-19.

Menurut Ashanty,37, suaminya itu dimasukkan ke wad di sebuah pusat perubatan di Jakarta kerana menjalani pembedahan batu karang.

“Terima kasih atas doanya. Anang masuk hosppital bukan sebab Covid-19 tetapi kerana batu karang,” katanya.

Terdahulu, Anang,52, telah berkongsi foto di Instagram ketika berada di atas katil wad berserta kapsyen memohon agar Ashanty mendoakan kesejahteraannya.

“Ashanty doakan yang sayang,” coretnya.

Malah, anak lelaki Anang hasil perkahwinannya yang terdahulu bersama penyanyi Krisdayanti iaitu Azriel turut dimasukkan ke wad akibat demam.

“Anak sakit, suami sakit, saya harus kuat,” luah Ashanty menerusi Instagram Stornya.