sosej prata

Resipi sosej Prata yang dikongsikan Nor Qamarina ini cukup mudah dan enak. Hanya tiga bahan diperlukan, lapisan keju, Prata dan sosej.

Resipi ini boleh diolah mengikut kreativiti masing-masing, intinya boleh menggunakan sambal sardin, inti kentang dan sambal bilis.

Cara :

Sekeping prata dipotong lapan. Lapisan keju potong lapan. Kalau tak nak letak keju pun boleh.
Susun sosej dan gulungkan. Sosej tak perlu direbus dulu, Sewaktu dibakar, akan dimasak sekali.
Sapukan kuning telur di atasnya.
Kemudian dibakar menggunakan Air Fryer pada suhu 180c selama 5 minit.

Sumber : Nor Qamarina