SELEPAS dua hari berturut-turut kes harian COVID-19 berada di bawah angka 5,000, hari ini jumlah jangkitan baharu naik semula.

Berbanding semalam, kes baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini mencecah 5,244 kes.

Dua hari lalu, negara melaporkan kes harian terendah sepanjang sekatan penuh pergerakan dilaksanakan apabila 4,611 kes dicatatkan.

Selangor kembali merekodkan peningkatan penularan baharu apabila sebanyak 2,001 kes dikesan sehingga tengah hari tadi.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kes harian COVID-19 di Negeri Sembilan turut meningkat kepada 677 berbanding 585 semalam.

Ini diikuti Sarawak yang naik sedikit kepada 577 dan Kuala Lumpur turun kepada 531 berbanding 635 kes baharu semalam.

Beberapa negeri lain turut mencatatkan peningkatan jangkitan kes hari ini termasuk Johor, Perak, Kedah, Melaka dan Pahang.

Sebanyak 282 kes dilaporkan di Johor diikuti 245 di Pahang; 189 di Kedah; 180 di Melaka dan 75 kes baharu di Perak.

Walaupun kes menurun sedikit, namun Pulau Pinang masih melaporkan penularan melebihi tiga angka iaitu kepada 159 kes baharu.

Baca artikel berkaitan: 4,743 kes baharu, dua hari berturut bawah 5,000

4,611 kes baharu, Lembah Klang turun, Perak melonjak

Jangkitan baharu di Kelantan dan Labuan turun kepada dua angka hari ini selepas masing-masing merekodkan 81 dan 77 kes.

Terengganu dan Putrajaya juga kekal pada kadar dua angka iaitu sebanyak 27 dan 13 kes baharu.

Hanya satu kes telah dilaporkan di Perlis hari ini.

Berikut pecahan kes mengikut negeri.

Sehingga 23 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,244 kes (711,006 kes).
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,001 (233,048)
WPKL – 531 (72,644)
Johor – 282 (68,828)
Sabah – 129 (68,029)
Sarawak – 577 (61,566)
Negeri Sembilan – 677 (40,226)
Kelantan – 81 (33,951)
Pulau Pinang – 159 (33,485)
Perak – 75 (25,349)
Kedah – 189 (23,793)
Melaka – 180 (16,552)
Pahang – 245 (12,456)
Terengganu – 27 (11,017)
WP Labuan – 77 (7,295)
WP Putrajaya – 13 (2,192)
Perlis – 1 (575)