Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi lala goreng tomyam yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN:
200gram lala – dicuci bersih dan ditoskan
1 sudu kecil pes tom yam
2 ulas bawang putih – ditumbuk
2 cendawan butang – dipotong halus
3 tangkai cili padi – dihiris halus
1 labu bawang besar – dihiris halus
2 batang serai – dititik
2 helai daun limau purut – dikoyak
1 sudu besar sos tiram
50ml air
Sedikit minyak

CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan sedikit minyak di atas kuali dan tumiskan bawang putih, bawang merah, serai dan cili padi sehingga sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan pes tomyam, sos tiram, sedikit air dan kacau sebati.
3.Selepas itu, masukkan lala, cendawan butang dan daun limau purut.
4.Biarkan mendidih dan kacau rata sehingga lala masak.
5.Angkat dan sedia dihidang.