Dua hospital di Selangor dikhusus untuk rawat pesakit COVID-19 dengan terbaru Hospital Ampang./ Gambar media sosial

SELEPAS Hospital Sungai Buloh, kini Hospital Ampang pula beroperasi sebagai hospital rawatan pesakit COVID-19 sepunynya di Selangor.

Menurut, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), status Hopsital Ampang yang sebelum ini beroperasi secara hibrid menjadi Hospital Full COVID-19 berkuat kuasa semalam.

Pengarahnya, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, keputusan berkenaan berikutan peningkatan kes harian COVID-19 yang tinggi.

Kata beliau, ini terutamanya melibatkan pesakit kategori tiga dan ke atas secara berterusan di zon wilayah tengah.

“Situasi ini menyebabkan purata penggunaan katil di hospital-hospital zon wilayah tengah melebihi kadar maksimum.

“Sehinggakan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Bersepadu MAEPS 2.0 menghadapi kesukaran untuk merujuk pesakit COVID-19 yang memerlukan rawatan lanjut di hospital.

“Secara keseluruhannya, terdapat dua hospital beroperasi sebagai Hospital Full COVID-19 di Selangor iaitu Hospital Sungai Buloh dan Hospital Ampang,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu surat pemakluman penukaran status hospital itu bertarikh 22 Jun 2021.

Baca artikel berkaitan: Hospital Jasin terima Anugerah Bangunan Hijau platinum

Dr Sha’ari berkata, susulan itu, semua rujukan pesakit bukan COVID-19 dari fasiliti lain ke Hospital Ampang perlu dihentikan sementara waktu bagi memberi ruang kepada Hospital Ampang menerima pesakit COVID-19.

“Jabatan ini (JKNS) juga memohon kerjasama Hospital Ampang untuk menerima rujukan pesakit bukan COVID-19 yang sedia ada daripada Hospital Ampang agar rawatan kepada pesakit-pesakit tersebut dapat diteruskan,” katanya menerusi surat itu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram