Penguat kuasa CIDB menyita tapak bina projek kuaters tambahan di Bintulu, Sarawak, yang didapati melanggar SOP MKN PKP 3.0./ Gambar CIDB

DUA lagi tapak projek pembinaan diarah tutup serta-merta kerana kegagalan pihak majikan mematuhi prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pegerkan (PKP) 3.0.

Menurut Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), dua tapak tersebut di Bintulu dan satu lagi di Seremban.

Menurut CIDB, dalam kes pertama di Bintulu, tapak bina yang terlibat menjalankan projek pembinaan bangunan 16 unit kuarters tambahan.

Katanya, tindakan diambil kerana ketidakpatuhan terhadap senarai semak SOP MKN COVID-19, Akta 342 (Akta
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) bagi sektor pembinaan dan lain-lain kesalahan.

“Ini seperti kegagalan patuh SOP kerana kelulusan beroperasi dari MITI bercanggah dengan kerja sebenar yang dilakukan (Kelulusan MITI ditarik balik) dan tiada rekod suhu pekerja di tapak binaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Lagi kes SOP jadi hiasan, tapak bina di Seremban diarah tutup

Kata kenyataan CIDB, dalam kes kedua di Seremban, tapak yang dikesan didapati menjalankan projek pembinaan dua unit kilang industri ringan berkembar setingkat dan pejabat dua.

Katanya, ini kerana ketidakpatuhan terhadap senarai semak SOP MKN COVID-19, Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) bagi sektor pembinaan dan lain-lain kesalahan.

“Ini seperti rumah penginapan pekerja yang disediakan tiada kelulusan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan tiada pasukan kecemasan COVID-19 di tapak bina,” jelas CIDB.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram