GAMBAR hiasan: Abd Razak Aid

PERTUBUHAN Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) menggesa kerajaan supaya segera membenarkan operasi Pusat Latihan Kemahiran yang melaksanakan pendidikan dan latihan teknikal (TVET) kepada golongan belia.

Setiausaha Agungnya, Mohammad Rizan Hassan berkata, pembukaan sektor TVET ini akan memberikan golongan belia berkemahiran meneruskan latihan praktikal mereka di mana dalam kaedah latihan TVET memerlukan 70-80 peratus kerja-kerja amalan bengkel.

Katanya, bagi belia lepasan sekolah yang tidak berpeluang atau tidak minat ke aliran akademik pula boleh menyertai latihan TVET bagi meneruskan halatuju kerjaya masa hadapan.

“Terdapat dua sebab utama gesaan ini di buat iaitu pertama, pembelajaran secara dalam talian terbatas kepada teorikal sahaja.

“Walaupun kemajuan teknologi memberi peluang kepada pembelajaran jarak jauh dan dalam talian, ianya bukan pengganti jangka panjang untuk pengajaran bersemuka di bengkel dan latihan kemahiran praktikal.

“Elemen latihan TVET menekankan aspek kerja tangan atau “hands-on” di atara 70-8- peratus dan aktiviti latihan ini hanya boleh di jalankan di bengkel dengan alatan, kemudahan dan bahan guna habis sebenar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebab kedua, katanya, industri kekurangan tenaga kerja beliau berkemahiran yang telah dilatih institusi latihan kemahiran awam dan swasta (LKA/S).

Menurut Mohammad Rizan, pandemik COVID-19 memberi ruang yang luas kepada masyarakat Malaysia khususnya belia dari segi peluang penempatan pekerjaan.

Baca artikel berkaitan: Majikan diseru sahut inisiatif kerajaan, bukan desak benarkan pekerja asing

“Ini kerana industri tidak lagi dibenarkan membawa masuk pekerja asing bahkan yang sedia ada juga semakin ramai di hantar pulang.

“Namun, sejak dua tahun ini industri tidak mendapat bekalan tenaga kerja dari ILKA/S di atas beberapa sebab seperti pelatih sedia ada belum menamatkan latihan di sebabkan elemen praktikal belum di sahkan terampil, pelatih tidak menamatkan latihan lebih awal dan memasuki alam pekerjaan dengan kelayakan akademik rendah

“Sebab lain kerana semakin banyak ILKS khususnya menutup operasi. Dijangka juga akan berlaku lebih banyak penutupan operasi dalam masa tedekat serta kekurangan kritikal pengambilan pelatih baru di ILKA/S,” jelasnya.

Tambah beliau, gesaan ini dilihat berasas dan perlu perhatian serius kerana ia di tahap yang kritikal dalam mendepani isu bekalan tenaga kerja terlatih di Malaysia.

Katanya, tanpa bekalan tenaga kerja yang mencukupi yang telah dilatih dalam pelbagai tahap akan menyebabkan industri terus mendesak kerajaan untuk membawa masuk pekerja asing yang akhirnya akan lebih boleh menimbulkan kegusaran, kebimbangan dan keresahan masyarakat negara ini.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram