Menjelang hari bahagia, bakal pengantin tentu ingin yang terbaik untuk diabadikan sebagai kenangan manis seumur hidup.

Jangan terlalu risau sehingga menjejaskan penampilan pada hari bersejarah. Walaupun status bakal bertukar kepada puan, relaks dan nikmati baki hari yang ada.

1. Lebih mendekatkan diri dengan Allah untuk menempuh alam rumah tangga serta berdoa agar segala perancangan berjalan dengan baik dan diberkati.

2. Pastikan dapat rehat dan tidur yang cukup.

3. Jaga kesihatan dengan mengambil makanan berzat.

4. Pesan orang tua, jangan bersolek selama sebulan untuk mendapatkan wajah segar di hari persandingan.

5. Buat rawatan dari hujung rambut hingga hujung kaki agar anda kelihatan cantik berseri.

6 Elak makan berlebihan bimbang pakaian pengantin yang ditempah tidak muat.

7. Banyak membaca buku-buku agama yang mengisahkan tentang persediaan menjadi isteri mithali.

8. Bersedia dari segi mental dan fizikal untuk melangkah ke alam rumah tangga.

9. Beli barang ikut bajet dan bukannya berhutang hingga menyusahkan diri.

10. Berusaha mengubah diri dan sikap sebagai persediaan hidup bersama suami.