Anggota Bomba dan Penyelamat membuat sanitasi di sekitar kawasan Blok Perumahan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 di Seksyen 27, Shah Alam, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

KADAR kematian angkara jangkitan COVID-19 di seluruh negara merekodkan penurunan hari ini.

Sebanyak 60 kematian akibat wabak itu dilaporkan hari ini sekali gus menjadikan kes kumulatif mencecah 4,944 sejak mula COVID-19 menular.

Kes kematian yang dikesan hari ini melibatkan seramai 52 warganegara manakala lapan lagi bukan rakyat Malaysia.

Korban dilaporkan tanpa mempunyai sejarah penyakit masih tinggi iaitu sebanyak 12 kes termasuk seorang warga emas berusia 88 tahun yang meninggal dunia di Hospital Jelebu.

Warga emas yang tiada sejarah penyakit itu juga merupakan kes kematian tertua yang dilaporkan hari ini.

Selain itu, seorang lagi warga emas berusia 88 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi dan angin ahmar turut dikesan hari ini.

Baca artikel berkaitan: 81 kematian, 152 positif dari kluster tapak bina Segambut

Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara bersambung, lebih banyak bantuan akan diumum – Muhyiddin

Mangsa turut meninggal dunia di Hospital Jelebu, Negeri Sembilan.

Kes korban paling muda pula melibatkan seorang lelaki yang mempunyai masalah obesiti meninggal dunia pada usia 20 tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian tertinggi hari ini dicatatkan di Selangor iaitu sebanyak 20 kes.

Kedai alat tulis, gunting rambut dibenar beroperasi dalam Fasa Dua

Kata beliau, ia diikuti 16 kes dilaporkan di Kuala Lumpur dan enam kes di Kelantan.

“Selain itu, lima kes dikesan di Johor, empat di Negeri Sembilan dan tiga di Sarawak.

“Masing-masing dua kes berada di Melaka dan Pahang serta satu kes di Kedah serta Labuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, sebanyak sembilan kes kematian hari ini melibatkan jenazah dibawa ke hospital atau Brought in Dead (BID).

Beliau berkata, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) masih tinggi iaitu sebanyak 886 manakala 446 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram