MDC Asia bakal ambil alih Hospital Pusrawi Damansara RM8.5 juta

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KUMPULAN Perubatan MDC Asia dilaporkan akan mengambil alih pemilikan Hospital Pusrawi Damansara dalam perjanjian yang melibatkan nilai berjumlah RM8.5 juta.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perubatan MDC Asia, Dr. Aslan Bacho, perjanjian tersebut dijangka dimuktamadkan menjelang awal Ogos ini.

Dr. Aslan Bacho

Kata beliau, pengambilalihan Hospital Pusrawi Damansara itu dianggarkan bakal memberi pulangan pendapatan tambahan sebanyak 20 peratus kepada syarikat tersebut.

“Pengambialihan hospital ini akan menjadi satu paradigma yang lebih besar untuk maju ke hadapan.

“MDC Asia sememangnya menyasarkan untuk menubuhkan hospital dalam masa terdekat sekali gus menjadikan pemilikan Hospital Pusrawi ini bakal menjadi batu loncatan untuk hasrat tersebut pada masa hadapan.

Baca artikel berkaitan: Sedania catat untung bersih tertinggi sejak tersenarai

“Kita juga berharap dapat memberikan rawatan dan perkhidmatan yang lebih menyeluruh, profesional dan mampu untuk semua golongan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Aslan turut memaklumkan MDC Asia menyasarkan untuk memiliki empat lagi pusat perubatan atau pergigian selepas ini.

Beliau berkata, strategi pembelian pengurusan (management buy over) kepada hospital atau pusat perubatan yang tidak menunjukkan prestasi tinggi akan digunakan.

“Pengambilalihan ini juga bermakna sasaran kita untuk melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) di Bursa Malaysia menjelang 2024 berada dalam landasan tepat.

“Kita mulakan pembelian Hospital Pusrawi ini kerana ia merupakan peneraju kepada hospital Islam di Malaysia di samping mempunyai potensi sangat besar pada masa hadapan.

“Apa yang lebih penting ia adalah sehaluan dengan hala tuju MDC Asia iaitu menjadi peneraju penyedia penjagaan kesihatan halal,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mendiami kediaman era 60, 70-an: FELDA, Encorp kerjasama bangunkan perumahan kakitangan

FELDA memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Encorp Bhd (Encorp) bagi melaksanakan pembangunan perumahan untuk kakitangan FELDA di sebahagian besar...

More Articles Like This