PENYANYI Nourul Depp sanggup menjual cincin perkahwinan pertamanya dengan niat mahu membantu golongan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Cincin berusia 25 tahun itu merupakan pemberian bekas suaminya, penyanyi dan komposer Ajai sewaktu hari pertama pernikahan mereka pada 2007.
“As usual (seperti biasa), sebelum nak berhijrah ke luar negara ini, kena mengemas barang. Mana nak tinggalkan di Malaysia dan mana barang yang perlu dibawa.
“Cincin ‘legend’ ini, saya tak perasan duduk terperuk lama dalam almari. Dah banyak kali pindah dengan saya.
“Saya dah tak pakai lagi semenjak 2007. Saya memang nak salurkan duit ini pada puan @inot72 yang banyak membantu mereka yang memerlukan,” katanya.
Tambah Nourul lagi, cincin yang dibeli di kedai emas Poh Kong pada 1996 itu boleh dibida pada kadar harga bermula RM300.
“Siapa nak buat koleksi cincin ini, boleh hubungi saya. Harga bermula dari RM300. Siapa bida tinggi, dia dapat,” tulisnya di Instagram miliknya.
Nourul pernah mendirikan rumah tangga dengan Ajai pada 25 Disember 1996 dan bercerai pada 28 Februari 2007.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan anak perempuan tunggal, Ayu Nazirah,23,
Menerusi perkahwinan kedua, Nourul berkahwin dengan Eric Daniel Depp pada 6 Jun 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary,8, Raphael,6 dan Isabella, 2.
Difahamkan, Nourul dan keluarganya akan berpindah ke Bali, Indonesia dalam masa terdekat.