Ronaldo menjadi watak penting skuad Portugal sejak mula beraksi di pentas Euro pada edisi 2004./ Gambar FB FA Portugal.

APABILA Bernardo Silva dan Joao Moutiho dikeluarkan pada perlawanan menentang Belgium malam tadi, yang menggantikan mereka adalah Bruno Fernandes dan Joao Felix.

Dua pemain berkualiti keluar dan yang masuk pun sama. Fernandes bintang Manchester United, Felix pula dikaitkan dengan Manchester City.

Ini menunjukkan Portugal dilimpahi bintang, yang pastinya dicemburui jurulatih negara lain.

Sebab itu, jika ditanya siapa antara pilihan pada Piala Dunia 2022, Portugal pastinya salah satu.

Namun, dengan satu syarat. Skuad Portugal harus berani untuk berganjak daripada Cristiano Ronaldo.

Memang Ronaldo bintang besar, tapi ada kalanya menjadi penghalang kepada pemain lain apabila ada yang lebih besar dari pasukan.

Antara aksi terbaik Portugal sejak era Fernando Santos menjadi jurulatih adalah ketika menentang Croatia pada perlawanan Nations League September tahun lalu.

Portugal menang 4-1 dan kemenangan dengan aksi terbaik itu dicapai apabila Ronaldo tidak bersama pasukan akibat COVID-19.

Kemudiannya skuad Selecao itu menang pula ke atas Sweden juga dengan jaringan besar.

Ramai ketika itu sudah bercakap apakah Portugal lebih baik tanpa Ronaldo?

Felix, Fernandes, Diego Jota dan Bernardo Silva mempunyai kebebasan untuk mempamerkan aksi terbaik mereka.

Mereka menunjukkan skill dan kreativiti apabila tidak terganggu dengan perancangan taktikal pasukan melibatkan Ronaldo.

Sebagai contoh bila ada Ronaldo, dialah yang ambil sepakan percuma Portugal, sedangkan Fernandes juga berbahaya malah antara terbaik di EPL, bukannya Serie A.

Memang sukar berganjak dari Ronaldo, tetapi all good things must come to an end.

Baca artikel berkaitan: 17 tahun dah rasa Euro, kita yang usia 23 pun dok kata muda lagi

Portugal lebih baik tanpa Ronaldo? Ramai berbahas mengenai bintang ulung itu terutama peluang Portugal pada Piala Dunia Qatar tahun depan.

Apa sahaja Ronaldo lakukan menenggelamkan bakat besar lain dalam Portugal. Maklumlah selebriti, pecut laju pun jadi perhatian – tenggelam empat biji gol Jerman.

Sedangkan penjaga gol Belgium malam tadi ada skill kaki yang baik malah yang diperdayanya adalah Ronaldo sendiri.

Fizikalnya Ronaldo masih mampu bermain di Qatar walau berusia 37 tahun pada tahun depan, tetapi pengemudi Portugal harus membuat keputusan.

Portugal bukan Poland yang terhad bintang kecuali Lewandowsky.

Ronaldo juga bukan berada di alam fiksyen seperti Rajnikanth yang umur 60-an pun kena pegang watak hero juga.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram