ambulan

Di kala peningkatan kes Covid-19 yang berlaku terutamanya di Selangor, rata-rata pesakit positif yang tidak bergejala dinasihatkan menjalani kuarantin kendiri di rumah sementara menunggu tindakan lanjut daripada pihak perubatan.

Walau bagaimanapun ada kalanya nasib tidak menyebelahi apabila simptom seperti sesak nafas mula menyerang seperti kisah yang dikongsikan Siti Zurina Mat Saman di laman Facebook miliknya.

Jelas Zurina, kakak iparnya sekeluarga disahkan positif Covid-19 dan diminta untuk menjalani kuarantin kendiri. Namun wanita itu diserang sesak nafas menjelang petang dan memerlukan bantuan pernafasan. Pihak keluarga menghubungi hospital namun malangnya mereka tidak dapat menyediakan perkhidmatan ambulan gara-gara kes yang semakin meningkat.

Ikuti perkongsiannya.

“Ceritanya minggu lepas kakak ipar sis, Cik Ayunie Anuar kata dia x sihat demam selesema. Then Isnin dia buat swab test sebab selesema sampai meleleh dn sesak nafas. Rupanya result positif C19 & disuruh kuarantin je di rumah sementara tunggu KKM call.

Seharian tunggu tiada apa2 feedback dari KKM (mayb sebab bayak kes) & abang sis Anuar Mat Saman juga buat swab test dengan 2 anak. Sama result positif & disuruh kuarantin di rumah.

Tapi menjelang petang tadi masih tiada apa2 & Cik Ayu mengadu sesak nafas (seperti ada kahak dalam dada yang banyak) kalau dapat mesin oksigen pun ok katanya.

Sis cuba cari Farmasi yang jual tong oksigen (harga agak mahal bergantung yang plug atau tidak) ada yang perlu refill lepas guna beberapa jam. Geng lunch Hasnita Sawal bagi nom Farmasi Friend & bila bercakap dengan pharmacist dia syorkan sis beli oximeter utk check level oksigen. Then baru fikir nak beli atau tidak…

Tanpa buang masa sis beli & delivery terus ke KL, bila Cik Ayu buat rupanya level bawah 95/92 & memang kena pergi hospital. Call 999 setelah dicadang Lieya Jais tapi hospital kata jika boleh bertahan, tahan atau pergi sendiri memandgkan ambulance BZ (mayb banyak kes)…faham kes makin meningkat.

Dalam kekalutan Maghrib, sis dengan pertolongan WA Geng Adik Beradik Emy Amiza Rosiati Elias cari nom private Ambulance. Rupanya tak semua yer private ambulance buat khidmat C19.

Setelah mencuba alhamdulillah dapat satu ambulance utk hantar Cik Ayu HKL. Harga ok la (DM kalau nak tahu), tapi demi keselamatan Cik Ayu proceed terus.

Dan latest (malam tadi) berita kami dapat, Cik Ayu rupanya dah tahap kritikal & doktor mahu tidurkan. Tetapi Cik Ayu mahu bertahan dulu. Sahabat Medsos doakan Cik Ayu mampu bertahan hadapi dugaan ini.

Jangan tanya kena di mana, yang penting kita kena tahu kat mana nk solve problem macam ni. So sis nk ingatkan simpan contct nom ambulance private ini (incase kalau ambulance KKM bz). Tak boleh terus tunggu bimbang lagi bahaya …

Tq kepada En Shariman pemilik ambulance private Man Wide Medic Man yang mudahkan kerja penghantaran Cik Ayu kesayangan kami ke HKL kala Maghrib menjengah bumi KL. Hubungi dia +60132448999 kalau berhajat untuk apa2 urusan ke hospital.”

#ceritamamareen #covidisreal #mogacikayukuat

Zurina juga menyenaraikan beberapa perkhidmatan ambulan yang boleh dihubungi andai berlaku kecemasan.

Sumber : Siti Zurina Mat Saman