chee cheong fan

Chee cheong fan udang ini memang cukup menyelerakan, namun cukup sukar untuk mencari yang halal. Jika ada pun, hanya yang dijual bersama yong tau fu, tanpa udang atau lauk di dalam.

Sebenarnya cara untuk menyediakannya cukup mudah, lebih nipis kulitnya, lebih enak dan cair sewaktu dimakan.

Menurut pemilik resipi, Li Yow, kedai sarapan Cina atau kedai dimsum akan menggunakan kain untuk membuatnya. Jika gunakan kain, chee cheong fan yang dihasilkan akan lebih nipis.

Namun jika buat sendiri di rumah, boleh gunakan loyang dan ratakan air tepung senipis yang mungkin.

Bahan :

1 cawan Tepung beras

1/2 cawan Tepung jagung

1/2 sudu kecil Garam

3 cawan Air

Bahan kuah :

1 cawan Air

3 sudu besar Kicap cair

1 1/2 sudu besar Gula

Cara :

Masukkan semua bahan dan kacau sehingga sebati.
Tray besi yang dioles minyak. Tak perlu banyak. Sekadar nak bagi licin.
Letak elok-elok dan rata. Kena selarikan ke kiri ke kanan supaya air tepung dapat tutup semua permukaan.
Jangan letak air tepung terlalu banyak. Buat senipis mungkin.
Letak udang. Kalau udang kecil, masa kukus dikurangkan
Kukus selama 1 minit 30 saat. Kalau udang kecil, sesuaikan waktu kukus.
Angkat tray dan buang air lebihan jika ada.
Cedok perlahan lahan. Gulung udang.
Letakkan kuah, bijan, daun bawang, bawang goreng dan sambal udang untuk lebih enak.

Sumber : Li Yow