Dr Noor Hisham Abdullah. Gambar FB UKM.

KADAR kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 negara terus meningkat dari hari ke hari sejak seminggu lalu sehingga mencecah 1.06 semalam.

Kadar Rt 1.06 itu hanya kurang 0.1 berbanding pada awal pelaksanaan sekatan penuh pergerakan 1 Jun lalu.

Dalam satu hantaran di media sosial, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, terdapat enam negeri melebihi kadar Rt nasional.

“Tertinggi adalah Pahang dengan 1.20 diikuti Melaka 1.11, Perak 1.10, Kuala Lumpur 1.08, Selangor 1.07 dan Putrajaya 1.07.

“Kadar Rt paling rendah pula ialah Terengganu, 0.68 manakala Kelantan 0.83,” katanya.

Pahang semalam melaporkan kadar Rt 1.19 manakala kes baharu COVID-19 pula sebanyak

Beberapa minggu lalu, Pahang pernah mencatatkan kes di bawah tiga angka.

Baca artikel berkaitan: Kebolehjangkitan terus meningkat, Pahang tertinggi

6,988 kes baharu, lebih separuh di Selangor dan KL

Namun, tidak seperti Terengganu, kes positif COVID-19 di Pahang kembali meningkat hingga mencecah kira-kira 200 kes sehari sejak beberapa hari lalu.

Melaka yang mencatatkan kadar Rt kedua tertinggi melaporkan 311 kes baharu COVID-19 semalam.

Rt COVID-19 naik lagi semalam, hampir menyamai kadar sebulan yang lalu.

Selain itu, Melaka juga keblakangan ini konsisten melaporkan kluster baharu.

Sementara itu, kata Noor Hisham, Johor mencatatkan kadar Rt 0.90 semalam, manakala Sarawak dan Sabah masing-masing berada pada 0.94.

Pulau Pinang pula (0.97), Labuan (0.98), Kedah (0.99) dan Negeri Sembilan (1.00).

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram