Sekali tengok memang pelik rupa bunga ini, macam tengkorak.

Sebenarnya ia adalah sejenis bunga yang disebut Snapdragon. Ada juga yang memanggilnya sebagai Dragon Flower.

Bunga ini merupakan sejenis tanaman kebun dengan nama Latin Antirrhinum Majus. Perkataan antirrhinum berasal daripada bahasa Yunani. Tanaman ini popular di negara-negara beriklim empat musim.

Saat bunga ini kembang dan mekar, ia menghasilkan bentuk dan pelbagai warna yang cantik. Bunganya kecil-kecil tersusun rapat dalam tangkai panjang, membentuk seperti pagoda.

Saat kembang, bunga ini tampak cantik dengan pelbagai warna.

Ya, ia cantik apabila sedang subur. Tetapi, setelah bunga ini mulai layu dan mati, rupanya akan bertukar 360 darjah. Bunga yang telah kering dan kecut itu membentuk seakan rupa tengkorak.

Kerana keunikannya inilah, sesetengah tradisi kuno di luar negara percaya bunga ini ada kaitan dengan kuasa mistik. Kononnya, bunga ini membantu melindungi mereka daripada sihir dan roh jahat.

Mitos lain juga menyebut, Snapdragon kononnya mampu membuat wanita awet muda dan kekal cantik jika memakannya.

Analogi kehidupan manusia lebih kurang sama seperti konsep bunga ini. Cantik dan berwarna-warni sewaktu muda, namun bila sudah mati, tidakkah rupa kita seperti bunga tengkorak ini juga?    

Setelah mati, rupa bunga ini bertukar seolah-olah seperti tengkorak.

_____________

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv
Twitter: https://twitter.com/UtusanTV
Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen #alislam