BERSEMPENA dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-34 hari ini, penyanyi Elyana memohon doa agar dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, Elyana turut memuat naik sekeping foto dirinya yang memakai baju tidur bersama dengan kek hari jadi pemberian isteri aktor Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan.

“5 Julai 2021. Hari lahir saya yang ke 34 tahun. Saya mohon doa supaya saya dan keluarga sihat, jadi orang yang baik.

“Panjang umur, diperluaskan pintu rezeki dan selamat dunia akhirat. Amin,” tulisnya.

Menerusi pemerhatian URTV, ruangan komen penyanyi lagu Kalis Rindu itu turut dibanjiri dengan ucapan selamat hari jadi selain turut mendoakan kesembuhan penyakitnya.

Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal baharu selesai menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari bagi mengubati kanser limfoma yang dideritainya 11 tahun itu.