SETELAH melangsungkan perkahwinan pada 3 Julai lalu, penyanyi Gwen Stefani,51 dan suaminya, Blake Shelton,45, mula berkongsi foto-foto detik bahagia mereka di akaun Instagram masing-masing.

“3 Julai 2021, mimpi jadi kenyataan!!!,” tulisGwen di Instagramnya.

Foto perkahwinan yang dikongsikan setakat ini telah mendapat hampir 1.6 juta tanda suka dan hampir 30,000 ribu komen daripada peminatnya.

Terdahulu, pasangan itu berkahwin dalam sebuah majlis yang dianjurkan penuh intim dan meraih di kediaman Shelton selepas lapan bulan bertunang.

Untuk rekod, ia merupakan perkahwinan kedua Gwen selepas berpisah dengan bekas suaminya, Gavin Ross Dale pada Ogos 2015.

Manakala, bagi Shelton, ini adalah perkahwinan ketiga selepas berpisah dengan Kaynette Gern dan Miranda Lambert.

Difahamkan, hubungan cinta Gwen dan Shelton mula dihidu orang ramai saat mereka terbabit dalam program The Voice 2015.