Dr Noor Hisham Abdullah.

PURATA kadar kebolehjangkitan COVID-19 negara atau nilai R-naught (Rt) terus menunjukkan trend peningkatan.

Selepas menurun sedikit kepada 1.06, Rt kebangsaan naik lagi untuk tempoh dua hari berturut-turut.

Berdasarkan 7,643 kes jangkitan baharu semalam, purata kebolehjangkitan nasional naik lagi mencecah 1.08.

Malaysia pernah mencatatkan nilai Rt penularan jangkitan COVID-19 tertinggi pada permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0, 18 Mac tahun lalu dengan nilai 3.5.

Sebagai rekod, Rt tertinggi dicatatkan tahun ini adalah 1.21 pada 22 Mei lalu.

Data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menunjukkan nilai Rt di kebanyakan negeri mencatatkan peningkatan semalam.

Kebolehjangkitan tertinggi direkodkan di Putrajaya yang menyaksikan lonjakan kepada 1.25 berbanding 1.17 pada hari sebelumnya.

Dua negeri di Lembah Klang iaitu Selangor dan Kuala Lumpur yang merekodkan lebih separuh daripada jumlah jangkitan baharu semalam turut mencatatkan peningkatan kebolehjangkitan.

Selangor yang mencatatkan 3,260 kes semalam naik kepada 1.12 manakala 1,550 kes direkodkan di Kuala Lumpur menyaksikan lonjakan mendadak kepada 1.16 nilai Rt berbanding 1.10 kelmarin.

Purata kebolehjangkitan kebangsaan yang menunjukkan trend peningkatan. GAMBAR: Media Sosial Dr. Noor Hisham Abdullah

Baca artikel berkaitan: Kebolehjangkitan terus meningkat, Pahang tertinggi

Kebolehjangkitan COVID-19 Negeri Sembilan, Perak tertinggi

Turut merekodkan peningkatan nilai Rt adalah Johor yang naik sedikit kepada 0.96; Kelantan (0.82); Labuan (0.91) dan Negeri Sembilan (1.01).

Kedah dan Terengganu yang mencatatkan peningkatan kes penularan baharu semalam turut menyaksikan lonjakan kebolehjangkitan masing-masing kepada 1.11 dan 0.94.

Walaupun kes turun kepada dua angka, namun kebolehjangkitan di Perak pula meningkat kepada 0.98.

Pada masa sama, Pahang yang mencatatkan penurunan kes baharu kepada 180 semalam bagaimanapun terus berada di antara negeri kebolehjangkitan tertinggi iaitu 1.18.

Hanya Pulau Pinang merekodkan penurunan Rt kepada 1.03, semalam.

Rt di tiga negeri lain iaitu Melaka, Sabah dan Sarawak pula kekal seperti hari sebelumnya iaitu 1.08 bagi Melaka; 1.04 (Sabah) dan 0.89 di Sarawak.

Sementara itu, hanya dua kes direkodkan di Perlis semalam.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram