ENGLAND pada Euro 2020 bukanlah pasukan bintang seperti skuad Piala Dunia 2010.

Di Afrika Selatan, England menjadi pilihan untuk menjulang Piala Dunia hampir sebaris dengan juara, Sepanyol dan Brazil.

Namun skuad penuh superstar, Lampard, Gerard, Terry, Rooney, Cole dan beberapa lagi gagal menepati ramalan ramai.

Three Lions pulang awal bersama ego bintang-bintang mereka membiarkan kemarau kejohanan berterusan hingga kini.

Kini, England di bawah Gareth Southgate berada pada kedudukan terbaik menamatkan penantian lebih lima dekad ini.

Walaupun tidak memiliki pilihan elit jutawan seperti Capello pada 2010, namun Sothgate tahu bagaimana menggunakan pemain yang ada.

Tidak banyak bintang untuk ditonjolkan media Inggeris kecuali gandingan Raheem Sterling dan Harry Kane.

Bola sepak bukan milik selbriti, Southgate mengenepikan tekanan luaran dalam pemilihan kesebelasan utama.

Media, penyokong ada pilihan mereka tetapi Southgate ternyata tidak mempedulikan semua itu apatah lagi atas dasar glamor – termasuk kelab diwakili pemain.

Beliau sedar kegagalan Fabio Capello pada 2010 disebabkan tekanan luaran antaranya menyediakan taktikal yang ‘ngam’ dengan Lampard, Gerrard dan Rooney.

Baca artikel berkaitan: Suku akhir, Jerman dan Euro 96, Southgate tak boleh tewas

Southgate berjaya bawa England ke tahap lebih baik berbanding skuad Fabio Capello yang dibarisi Lampard, Gerrard, Terry, Rooney, Ashley Cole dan ramai lagi bintang.

Trippier bukan Chillwell dan Euro kali ini juga, Southgate memilih mengguna dua pemain tengah bertahan, Declan Rice dan Kalvin Phillips.

Bosan? Tidak dinafikan tetapi bola sepak adalah industri berasaskan keputusan. Kejayaannya boleh diukur secara objektif.

Ia bukan karya seni yang harus bernilai tinggi dan pada masa sama mempunyai elemen menghiburkan.

Ternyata pilihan Southgate tepat, melangkah ke separuh akhir tanpa bolos.

Pertahanan England dilindungi anggota tambahan hasil taktikal berani Southgate. Ibarat dua dos vaksin lebih baik dari satu dos.

Awal pagi ini, Denmark menjadi halangan seterusnya. Memori 1996 pasti mahu dibuang jauh-jauh Southgate.

Denmark biar pun bukan pasukan elit Eropah, tetapi semangat ditunjukkan negara Scandinavia itu sangat memukau.

Skuad Viking itu pula mempunyai motivasi luaran dengan apa yang menimpa Cristian Eiriksen.

Tidak seperti England, Denmark pernah menjulang trofi Euro pada 1992.

Pada 1992 negara itu mengejutkan dunia tetapi mampukah mereka melakukannya sekali lagi pada kejohanan ini?

Selain Peter Schemeichel, Denmark 30 tahun lalu ada bintang ternama iaitu Brian Laudrup, cuma abangnya, Michael tidak menyertai skuad tersebut kerana perbezaan pandangan dengan jurulatih.

Kekuatan Denmark kali ini di setiap posisi agak seimbang termasuk di bahagian serangan menerusi Martin Braithwaite atau Yussuf Poulsen.

Kekuatan Denmark banyak terletak pada semangat berpasukan selain turut mempunyai beberapa tonggak di setiap posisi./ Gambar FB Euro 2020.

Pastinya Denmark bukan Ukraine, England tahu tentangan yang bakal diterima mereka kali ini berbeza.

Cuma, England pilihan ramai, dan sekali lagi Southgate tidak boleh tewas biar apa pun taktikal beliau gunakan.

England sangat terdesak menamatkan kemarau kejohanan. Malah dari sudut publisiti dan glamour final, Itali lwn England, itu pasti sangat mengujakan untuk Euro 2020.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram