MELANGKAH ke hari pertama Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) menyaksikan banyak sektor pembuatan, perdagangan dan pengedaran di Bentong, Pahang kembali beroperasi.

Peralihan ke fasa kedua itu ternyata melegakan banyak pihak terutama pengusaha kedai.

Namun begitu, dalam keghairahan memulakan semula perniagaan, pengusaha kedai dilihat tidak mengabaikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Rata-rata mereka mengambil inisiatif dan langkah berjaga-jaga lebih teliti untuk memastikan keselamatan para pembeli dan peniaga.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram