Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi kambing masala yang Saji kongsikan ini. Memang sedap.

BAHAN
600 gm kambing – potong kecil & rebus sehingga masak.
300 gm bawang merah – kisar
10 gm halia muda – kisar
80 gm bawang putih – kisar
12 gm serai – kisar
2 gm cili kering – kisar
2 gm daun kari
6 gm kulit kayu manis
2 gm bunga lawang
2 gm buah pelaga
0.4 gm bunga cengkih
120 gm serbuk kari daging – bancuh dengan sedikit air
120 gm tomato
500 ml air
100 ml santan pekat
40 gm serbuk stok ayam
3 gm garam halus
200 ml minyak masak

CARA
1.Daging kambing yang telah direneh sehingga empuk, diketepikan.
2.Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai serta kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga naik bau.
3.Masukkan cili kering dan serbuk kari daging serta daun kari. Tumis seketika.
4.Tuangkan santan dan air, biarkan kari mendidih. Masukkan daging kambing, tomato, serbuk stok ayam dan garam secukup rasa.
5.Biarkan kuah kari, sedikit pekat. Angkat dan hidangkan.

Resipi: Cef Lee Chan Hee