Resipi quiche bayam pepperoni ini wajib dicuba oleh penggemar pastri. Rasanya sedap dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa.

BAHAN DOH PAI
240 gm tepung gandum
120 gm mentega
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Air sejuk secukupnya

BAHAN ADUNAN QUICHE
500 ml susu penuh krim
20 keping pepperoni daging
3 biji telur kuning
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar keju parmesan
Sayur bayam – celur

CARA
1.DOH : Satukan ke semua bahan doh. Uli perlahan-lahan sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan. Simpan dahulu dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
2.Canaikan doh pada loyang pai, bakar pada suhu 180⁰C selama 12 minit.
3.ADUNAN QUICHE : Satukan ke semua bahan dalam mangkuk. Kacau mesra dan sebati jangan terlalu laju, kerana akan berbuih, pastikan ianya tidak berbuih.
4.Tuang adunan ke dalam pai yang telah dibakar, masukkan bayam (pastikan tidak berair, perah sehingga kering).
5.Bakar pada suhu 180⁰C selama 8 minit. Buka ketuhar, taburkan pepperoni di permukaan quiche. Kemudian, sambung bakar selama 8 minit lagi. Siap untuk dihidangkan.

PESAN CEF : Untuk membakar doh pai dengan cantik, pastikan gunakan pemberat seperti beras atau kekacang pada atas permukaan doh sebelum dibakar. Gunakan cling film sebagai pelapik utama sebelum anda letak kekacang atau beras.

Resipi: Chef Gunawan a.k.a Chef Obie, Kuala Lumpur