Dari Ipoh menghala ke Batu Gajah di Perak, di tengah kehijauan ladang, tersergam sebuah rumah agam separuh siap. Itulah dia Kellie Castle, salah satu destinasi yang popular dikunjungi pelancong.

Cerita di sebalik mahligai ini bukan sekadar melambangkan kasih agung dan hasrat seorang lelaki Eropah yang tidak kesampaian, malah turut meninggalkan pelbagai kisah dan kesan sejarah.

Bukan saja diselubungi seribu satu kisah misteri, terdapat satu lagi kisah yang sering diperkatakan, iaitu mengenai kewujudan sebuah laluan rahsia di bawah rumah agam enam tingkat ini.

Benarkah laluan itu wujud? Apa yang ada di dalamnya? Saksikan video di atas.