Oh, tidak! Cermin mata bulat dengan bentuk muka yang juga bulat?

Sudahlah rakan sekerja menggelarkan anda si bulat, anda pula menambahkan lagi ‘bulatan’ pada rupa anda kerana gagal menyesuaikan padanan aksesori dengan bentuk muka.

Cermin mata, tudung, subang, cara mengaplikasi mekap, potongan rambut dan banyak lagi ‘alat bantu kecantikan’ sebenarnya mempunyai langkah penyesuaian tersendiri dengan bentuk muka.

Namun, sebelum memilih aksesori dan imej yang berpadanan dengan bentuk muka, ikuti langkah pertama, bagaimana untuk memastikan apakah bentuk muka anda.

Mulakan dengan mengambil pita pengukur dan dapatkan ukuran :

● Panjang muka – Bermula daripada gigi rambut ke bahagian paling hujung dagu.

● Lebar muka – Dahi secara melintang di bahagian yang paling luas.

● Jarak antara kedua-dua tulang pipi.

● Garis rahang (jaw line) daripada poin yang paling luar ke poin garis rahang yang sebelah lagi. Contoh poin paling luar jaw line kiri ke kanan.

EMPAT SEGI

Ukuran panjang muka lebih sikit daripada lebar muka.

BUJUR

Nisbah panjang muka adalah 1.5 daripada ukuran lebar muka.

BENTUK HATI / BUJUR SIRIH

Ukuran garis rahang lebih kecil daripada ukuran jarak antara dua tulang pipi dan semakin besar ukuran di bahagian dahi.

BULAT

Ukuran panjang muka sama dengan ukuran lebar muka.