Sedapnya cucur bilis sayur ni. Sesuai dijadikan sajian sarapan atau minum petang keluarga. Cara membuatnya mudah dan tidak renyah. Bahan-bahan pun mudah didapati. Jom cuba resipi cucur bilis sayur yang dikongsi oleh Emelda ini.

BAHAN:
½ genggam ikan bilis-bersihkan
1 batang lobak merah- sagat
1 genggam daun kucai-potong kasar
1 batang cili merah- potong dadu kecil
1 cawan tepung gandum
½ cawan air sejuk
1 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

CARA:

1.Pukul telur sehingga separuh kembang dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.
2.Gaul sehingga agak sebati.
3.Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan mesra.
4.Masukkan ikan bilis, lobak merah, daun kucai, dan cili gaul sehingga rata.
5.Goreng dengan minyak banyak dan panas sehingga masak.
6.Enak dimakan dengan sos cili kegemaran anda.

Resipi: Imelda Maya Harris