EMPAT hari berdiam diri, akhirnya pelakon Fiza Halim membuka mulut mengapa dia mengunci mulut meskipun diasak dengan kontroversi panas susulan pendedahan daripada bekas iparnya baru-baru ini.

Dedahh Fiza, dia berbuat demikian (berdiam diri) atas nasihat pihak berkuasa yang tidak membenarkan dirinya membalas segala tohmahan yang tersebar di media sosial.

“Apa yang boleh saya beritahu deka sini, selama empat hari saya berdiam diri tak nak ulas apa-apa sebab pihak polis mengarahkan saya supaya tidak membalas atau menjawab apa-apa pertanyaan.

“Ini kerana segala mesej langsung (DM) dan komen yang saya dapat selama empat hari ini telah di pantau oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis.

“Semua masih lagi dalam siasatan. Akaun saya ini pun sudah dirujuk ke bahagian yang berwajib,” katanya menerusi entri di Instagram.

Sementara itu, Fiza,43, turut memaklumkan semua mesej dan komen cercaan yang dilemparkan kepadanya itu telah berada dalam siasatan SKMM.

“Untuk pengetahuan semua, segala DM dan komen berbentuk aib, hinaan, cacian dan makian selama empat hari yang saya dapat ini sudah pun sampai ke pihak SKMM.

“Jadi, bersiap sedia lah ya semua yang pernah hantar DM dan komen kepada saya, akan di soal siasat.

“Tak mahu cakap banyak, kita tunggu dan lihat sahaja,” ujarnya.

Nama Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim hangat diperkatakan di Twitter selepas seorang individu yang merupakan bekas adik iparnya dikenali sebagai Afrina Farzana mendedahkan sikap buruknya.

Menurut ciapan tersebut, Fiza didakwa sebagai ‘kaki sondol’ dan menjadi punca keretakan rumah tangga orang selain dituduh mata duitan.